Friday, May 3, 2024

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MURID SESI 2024/2025

    Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpim Murid sesi 2024/2025 telah dilaksanakan dengan jayanya. Ianya telah diadakan pada hari isnin bertarikh 29 April 2024. Pelantikan rasmi ini telah dilaksanakan setelah para pemimpin tertinggi pelajar telah mengikuti kursus kepimpinan pada 27 April 2024. Penyampaian Watikah diserahkan kepada 32 orang Pengawas Sekolah ,41 orang Pengawas Pusat Sumber, 63 orang terdiri daripada Ketua kelas, Penolong ketua kelas dan ketua kebersihan, 12 orang pengawas ICT,9 orang pengawas SPBT, 6 orang PRS serta 6 orang pengawas PPDa.

    Majlis Penyampaian Watikah ini telah disempurnakan oleh Pn Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti Hajah Norlita binti Ramli. Setelah selesai, majlis diteruskan dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Ketua Pengawas Sekolah. Semoga dengan rasminya penyerahan Watikah Pelantikan ini akan memberi semangat baru kepada barisan Tertinggi murid agar dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang di berikan dengan penuh dedikasi. 

    Ketua Pengawas bagi sesi 2024 - Khairul Fatih Al-Faqih bin Khairul Amir (6 Saga) 
    Penolong Ketua Pengawas - Muhammad Adam Hariez bin Mohd Nizam (6 Saga) 

    Ketua Murid Pusat Sumber sesi 2024 - Nur Amanda Safiyyah binti Nor Zahirizan (6 Saga)
    Penolong Ketua  Murid Pusat Sumber - Nur Fazya Hanny binti Nasrul Hadi          (6 Saga)



LENSA KAMERA 

Semua murid beratur  dan bersedia untuk majlis penyerahan watikah pelantikan pemimpim murid

Guru Besar menyampaikan ucapan.

Ketua kelas, penolong ketua kelas dan ketua kebersihan

Pengawas ICT.

Pengawas PPDa

Pengawas SPBT

Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Pengawas Sekolah

Ketua Pengawas Sekolah

Penolong Ketua Pengawas Sekolah

Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah


BUKU PROGRAM KLIK DI BAWAH



    

No comments: