Saturday, September 6, 2025

HARI BICARA AKADEMIK FASA 1 SK PULAU MERANTI 2025

Pada 4 September 2025 (Khamis), Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah mengadakan Hari Bicara Akademik (HBA) kali pertama bagi sesi 2025 bagi murid Prasekolah hingga murid Tahun 6. Hari Bicara Akademik diadakan untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan perkembangan dan pencapaian prestasi akademik murid.

Matlamat Hari Bicara Akademik ini adalah untuk mewujudkan persefahaman dan kerjasama di antara warga pendidik dan ibu bapa serta penjaga dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik murid-murid serta sokongan yang positif kepada setiap program yang dilakukan oleh pihak sekolah.


Objektif Hari Bicara Akademik;
  • Penyerahan pelaporan PBD Fasa 1 kepada waris
  • Membincangkan perkembangan pembelajaran anak-anak
  • Peranan dan tindakan waris
  • Mewujudkan permuafakatan antara guru dan ibu bapa serta penjaga murid melalui perbincangan berkaitan pencapaian akademik murid-murid
  • Dapat suaikenal antara guru dan ibu bapa serta penjaga murid.

                HEBAHAN INFO HARI BICARA AKADEMIK



LENSA KAMERA















Wednesday, August 27, 2025

MEMBUKA JENDELA IMPIAN, MENGORAK LANGKAH KECEMERLANGAN

PROGRAM PENDEDAHAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2025 "MEMBUKA JENDELA IMPIAN, MENGORAK LANGKAH KECEMERLANGAN" ( PROGRAM KHIDMAT BAKTI OLEH PRS SERI PUTERI ) TARIKH : 27 OGOS 2025 ( RABU ) MASA : 7.30 PAGI - 12.00 TENGAH HARI SASARAN: SEMUA MURID TAHUN 6
Pendaftaran dikendalikan oleh PRS
Ucapan Guru Besar, En. Khairil Anuar bin Othman
Bacaan doa yang disampaikan oleh Ust Helmi
Latihan Dalam Kumpulan ( LDK )
Penyampaian cenderamata
Sesi bergambar barisan pentadbir, guru tahun 6 dan PRS
 

https://anyflip.com/aemzx/lehn/ https://online.anyflip.com/lenjz/tfap/mobile/index.html
https://drive.google.com/drive/folders/18ASp8Qy3cdglRTST6Zms_jUCKKm_PfDs 

Program yang menarik minat murid dan memberikan pendedahan awal kehidupan dan suasana di asrama. Rakan PRS yang sangat berkeyakinan.

Sunday, August 10, 2025

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU KE-24 SESI PETANG (PROGRAM MENTOR - MENTEE)

 Tarikh: 4 Ogos - 8 Ogos 2025

 Minggu: 24

 Tempat: Bilik Darjah 

 Kumpulan: 5



Guru Bertugas

1. Pn. Norizan 

2. En. Kamarulizam 

3. Pn. Haniza

4. Cik Salani


Pada minggu ini, sesi Mentor-Mentee telah dilaksanakan dengan tema “Kawan Baik Saya & Sayang Sekolah Saya”. Aktiviti dimulakan dengan perbincangan santai di mana mentee berkongsi cerita dan pengalaman bersama kawan baik mereka. Seterusnya, murid menyatakan cara-cara mereka menunjukkan rasa sayang terhadap sekolah, seperti menjaga kebersihan kelas, mematuhi peraturan, dan menghormati warga sekolah.

Sepanjang sesi, murid memberi kerjasama yang baik dan menunjukkan sikap positif. Aktiviti ini berjaya memupuk nilai persahabatan, hormat-menghormati, serta semangat cintakan sekolah dalam kalangan mentee.








Thursday, July 31, 2025

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU KE-23 SESI PETANG

Tarikh : 28 Julai - 1 Ogos 2025

Minggu : 23

Tempat : Dataran Berbumbung

Tema : Jimat Cermat

Kumpulan: 4

 

Guru Bertugas :

1. Pn. Norsaliza binti Abd Ghani

2. En. Shamsoe Riza bin Mohamed

3. Pn. Shurainee Hanim binti Mohamad Nor

4. Cik Khairunnisa Syazrin binti Kamarzaman



PERHIMPUNAN RASMI:


AKTIVITI:

Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah, dikuti dengan bacaan doa seterusnya bacaan ikrar rukun negara & ikrar murid.

  • Pengacara Majlis : Pn. Norsaliza
  • Bacaan doa : Abbas (3 Cekal)
  • Ikrar Rukun Negara : Sharifah Sumayyah (3 Bestari)
  • Ikrar Murid : Hud Hayder (3 Bestari)


Bacaan doa 

Bacaan Ikrar Rukun Negara

Bacaan Ikrar Murid

Pengacara majlis


Majlis perhimpunan diteruskan dengan Majlis Perasmian Lose Weight Challenge 2025 anjuran Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. 


Sasaran murid program ini ialah murid Prasekolah, Tahun 1 hingga 6 yang mengalami obesiti berdasarkan data Ujian BMI dan SEGAK.

Objektif program :
1) mengamalkan cara hidup sihat
2) Dapat mengurangkan berat badan sekaligus dapat mengekalkan tahap kesihatan yang baik
3) Dapat mengetahui BMI pada setiap bulan
4) Dapat mengamalkan pemakanan yang seimbang berdasarkan Piramid Makanan Malaysia
5) Dapat mengekalkan berat dadan ideal dan BMI yang seimbang


1. Ucapan perasmian oleh guru besar, En. Khairil Anuar bin Othman


Ucapan perasmian guru besar


2. Gimik perasmian disempurnakan oleh guru besar, En. Khairil Anuar bin Othman diiringi oleh GPK Pentadbiran, Pn. Rosmah binti Jamat, GPK HEM, Pn. Fauziah binti Salehoddin, GPK Kokurikulum, En. Norazli bin Mohd Zahidin dan Penyelaras Program selaku Ketua Panitia PJPK, Pn. Amiratul Arifah binti Abdul Fatah.



Gimik perasmian



Sesi fotografi pentadbir bersama guru PJPK



Selesai majlis, murid diberi pesanan oleh guru bertugas:
- memperkenalkan guru bertugas
- menjaga keselamatan diri ketika berada di sekolah
- kedudukan kelas bagi murid tahun 1 dan tahun 3
- laluan terkini untuk ke tandas

Murid beredar ke kelas masing-masing diiringi guru masa pertama.



LENSA KAMERA 








Friday, July 25, 2025

TEKNIK MENJAWAB SOALAN UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) TAHUN 6

SK Pulau Meranti telah melaksanakan Program Teknik Menjawab Soalan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Tahun 6 pada 21, 23 dan 25 Julai 2025.

Untuk makluman, Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) merupakan salah satu bentuk pentaksiran sumatif yang dilaksanakan bagi menilai tahap penguasaan murid terhadap pembelajaran yang telah dilalui sepanjang tahun. 

Bagi memastikan murid Tahun 6 bersedia dari segi akademik dan mental untuk menghadapi UASA, program pendedahan teknik menjawab soalan secara sistematik dan berkesan telah dilaksanakan. Melalui program ini, murid telah diberikan bimbingan khusus oleh guru berpengalaman bagi setiap subjek utama bagi meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan.

Program ini menyasarkan semua murid tahun 6 SK Pulau Meranti bermatlamat melahirkan murid Tahun 6 yang lebih yakin, berpengetahuan dan bersedia sepenuhnya dalam menghadapi Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) melalui pendedahan teknik menjawab yang tepat dan efektif.

Objektif program ini dijalankan adalah:

1. Memberi panduan kepada murid tentang cara menjawab soalan mengikut format UASA.

2. Mendedahkan murid kepada teknik menjawab soalan secara terperinci bagi setiap subjek teras.

3. Meningkatkan keyakinan diri dan  motivasi murid menjelang peperiksaan.

4. Meningkatkan kemahiran pengurusan masa semasa menjawab soalan.

5. Menggalakkan sikap positif terhadap pembelajaran dan pencapaian akademik.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengacara majlis, Cikgu Juli binti Mahbah dan ucapan oleh Guru Besar SK Pulau Meranti, Encik Khairil Anuar bin Othman.
Bacaan doa oleh Ustaz Sofian bin Abdullah memohon keberkatan majlis.
Isnin, 21 Julai 2025 - teknik menjawab UASA sesi 1 dimulai dengan matapelajaran Bahasa Melayu disampaikan oleh Cikgu Norazmah binti Che Omar dan Cikgu Rosidah biti Awang Lah.

Sesi kedua - teknik menjawab soalan UASA matapelajaran Bahasa Inggeris disampaikan oleh Sir Ridzuan Amir bin Mohamad dan Madam Nurhafizah binti Udin.

Teknik menjawab soalan UASA diteruskan bagi hari kedua - Rabu, 23 Julai 2025 dimulai dengan doa oleh Ustaz Sofian bin Abdullah dan ucapan serta kata semangat dari Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Rosmah binti Jamat
Sesi pertama bagi hari kedua, teknik menjawab soalan UASA bagi matapelajaran Matematik telah disampaikan oleh Cikgu Suriatie binti Che Lah 
 .
Sesi kedua pula, teknik menjawab soalan UASA matapelajaran Sains telah disampaikan oleh Cikgu Idayu binti Ayob dan Cikgu Hayati binti Kamis.


Program diteruskan lagi pada Jumaat, 25 Julai 2025 bagi matapelajaran Sejarah yang disampaikan oleh Cikgu Mohd Uzzair Amin bin Suhaidan dan Cikgu Siti Nurain binti Jalaluddin.

Majlis penutup dilaksanakan pada pukul 11.00 pagi dimulai dengan ucapan Guru Besar SK Pulau Meranti dan seterusnya, penyampaian sijil penghargaan serta cenderamata kepada semua penceramah yang terlibat. 
Semoga usaha ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa dan dapat memberi manfaat kepada murid Tahun 6, SK Pulau Meranti khususnya. Terima kasih diucapkan kepada semua warga kerja Program Teknik Menjawab Soalan UASA Tahun 6 Sesi 2025/2026. Jasa kalian dalam ingatan. 

Tahniah kepada semua murid Tahun 6 yang telah berjaya hadir dan memanfaatkan program ini. Semoga kalian terus sukses.


"TIADA JALAN SINGKAT UNTUK BERJAYA, TIADA JALAN MUDAH UNTUK BAHAGIA, TIADA JALAN SENANG UNTUK GEMBIRA, SEMUANYA MEMERLUKAN USAHA"