Saturday, October 27, 2018

BENGKEL MEMBACA EKSPRESS

Pada 27 Oktober 2018 (Sabtu), Program LINUS dengan kerjasama Program Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah mengadakan satu Bengkel Membaca Ekspress bertempat di Dewan Meranti. Seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada murid Prasekolah, Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 menyertai bengkel ini. Penceramah dan Fasilitator dikendalikan oleh Founder FQGENIUS Hometuition iaitu Puan Norhamizah Binti Yaacob. Bengkel ini bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. 

Objektif bengkel ini diadakan ialah :

  • Meningkatkan prestasi murid dari segi penguasaan 4M dengan lebih cepat.
  • Meningkatkan keyakinan diri murid untuk menguasai kemahiran 4M.
  • Menarik minat murid untuk terus belajar mengikut perkembangan semasa.
  • Memperkenalkan bahan pengajaran dalam bentuk modul kepada murid.

Tentatif bengkel seperti berikut;


Masa
Perkara/ Aktiviti
7.30 pagi
·         Pendaftaran ibu bapa dan murid
·         Sarapan pagi
8.00 pagi
·         Pengenalan Tentang Tajuk Bengkel
·         Suai Kenal –Aktiviti Pemanasan Badan
8.30 pg
·         Pengenalan Huruf ABC
·         Aktiviti
9.30 pagi
·         Modul 1 (Pengenalan Suku Kata Terbuka –A-ZA)
·         Bunyikan (a,e,i,o,u)
·         Aktiviti
10.00 pagi
·         Gabungan Suku Kata Terbuka
·         Aktiviti
11.00 pagi
·         Pengenalan Vokal Berganding
·         Aktiviti
11.30 pagi
·         Suku Kata dan Gugusan Konsonan
·         Aktiviti dan Bercerita
12.00 tengahari
·         Membaca Cerita Pendek
·         Kuiz dan Permainan
·         Rumusan dari semua tajuk
·         Sesi soal jawab
12.30 tengahari
Penyampaian Cenderahati kepada Penceramah
12.45 tengahari
Bersurai


Alhamdulillah, bengkel berjalan dengan lancar. Ucapan terima kasih kepada semua pentadbir dan guru-guru LINUS yang menyokong dan memberikan kerjasama dalam menjayakan bengkel ini demi kemenjadian murid-murid Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti.Semoga usahasama ini memberikan impak yang positif dalam modal insan yang cemerlang dan terbilang dalam kehidupan harian mereka.

















No comments: