Saturday, October 13, 2018

Hari Sukan Negara




Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

Sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.





Justeru itu, SK Pulau Meranti juga tidak ketinggalan untuk menyambut Hari Sukan Negara. Sambutan Hari Sukan Negara SK Pulau Meranti telah dimulakan dengan acara senamrobik seluruh warga SK Pulau Meranti. Pelbagai gelagat dan aksi warga SK Pulau Meranti yang mencuit hati dapat dilihat apabila acara senamrobik ini dijalankan.

Selepas aktiviti senamrobik, murid-murid telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan, bersesuaian dengan aktiviti yang telah dirancang. Bersesuaian dengan sambutan Hari Sukan Negara, beberapa aktiviti yang menarik telah dijalankan, antaranya:

  1. Merentas Desa oleh murid-murid Tahap 2.
  2. Larian Santai oleh ibu bapa dan komuniti.
  3. Sukaneka oleh murid-murid Tahap 1.
  4. Sukan Rakyat oleh ibu bapa dan komuniti.
  5. Pameran dan jualan.


Setelah selesai aktiviti Hari Sukan Negara ini, sambutan Hari Kanak-kanak telah mengambil tempat. Berbagai gelagat dan keletah murid-murid SK Pulau Meranti telah diterjemahkan melalui persembahan-persembahan yang berwarna-warni dan menarik. Bakat terpendam dapat diluahkan dan juga keyakinan diri dapat diterapkan dalam diri murid-murid ini melalui seni persembahan ini.

Seusainya program Sambutan Hari Kanak-kanak, Majlis Pelancaran KPIBK (Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti) pula berlangsung. Ucapan Penutup telah disempunakan pula oleh NYDP PIBG, Encik Hilmi Bin Isa. 

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan khusus kepada semua warga sekolah dan komuniti setempat atas kerjasama dan sumbangan buah fikiran, nasihat dan tenaga sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Hari Sukan Negara 2018.

Laporan disediakan oleh:
Mr. Amir Mohamad.

Lensa Gambar










































No comments: