Monday, October 29, 2018

MAKLUMAN HARI ORIENTASI DAN UJIAN DIAGNOSTIK MURID TAHUN SATU SESI 2019

Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti akan mengadakan Hari Orientasi dan Ujian Diagnostik bagi Murid Tahun 1, 2019 seperti ketetapan berikut : 



Tarikh    :  3 November 2018
Hari        : Sabtu
Masa       : 7.30-11.00 pagi
Pakaian   : T-shirt putih , seluar trek , kasut sekolah



Sehubungan dengan itu, perkara yang perlu dibawa bersama pada hari tersebut adalah :

a)      Alat Tulis untuk Ujian Diagnostik
b)      Fail Peribadi Murid ( semua butiran perlu dilengkapkan)
c)      Borang SMM yang telah dilengkapkan
d)     1 keping gambar berukuran pasport 
e)      1  salinan sijil kelahiran
f)       Slip Gaji Terkini


Atur Cara Hari Orientasi Tahun 1 2019

Waktu
Murid
Ibu Bapa
7.30 pagi
  • Kehadiran ibu bapa/penjaga dan murid-murid Tahun 1 2019
  • Pendaftaran murid
  • Ibu bapa menyerahkan fail / kemas kini fail di Meja Pendaftaran

8.00 pagi



  • Perhimpunan murid-murid Tahun 1 bersama Guru Kelas dan Guru Pembantu di Dataran Perhimpunan.
  • Ucapan Pengacara Majlis  
  • Bacaan Doa
  • Murid-murid masuk ke kelas bersama guru kelas dan guru pembantu

  • Ibu bapa/penjaga berada di Dewan SKPM
  • Taklimat Ringkas oleh Puan Guru Besar
  • Taklimat Cara Mengenali Murid Pendidikan Khas oleh Pn. Mazlifah bt Mohamad
  • Taklimat  Kurikulum dan Transisi oleh En. Mohd Azmin b. Atan
  • Taklimat Disiplin  -  En. Mohd Helmi Jumri
  • Taklimat SPBT  -  Pn Norsaliza binti Abd Ghani
  • Taklimat LINUS  -  Pn  Saliza binti Ahmad Salleh

8.15 pagi
  • Semakan kehadiran murid di dalam kelas
  • Taklimat Umum Disiplin Murid
  • Taklimat Ujian Diagnostik dan edaran kertas soalan

8.30 – 10.30 pagi
Murid-murid menjalani Ujian Diagnostik
10.30 pagi
Aktiviti Lawatan Orientasi
  • Lawatan dan pengenalan tempat-tempat di dalam kawasan sekolah (tandas, kantin, kedai buku dan bilik guru)

11.00 pagi
  • Ibu bapa mengambil anak-anak di kelas masing-masing
  • Bersurai

No comments: