Wednesday, October 17, 2018

PROGRAM PERKHEMAHAN MUHIBBAH DAN PENDIDIKAN GEOPARK PERINGKAT ANTARABANGSA BADAN BERUNIFORM SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2018

Seramai 8 orang murid dan 4 orang guru Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti menyertai Program Perkhemahan Muhibbah Dan Pendidikan Geopark Peringkat Antarabangsa Badan Beruniform Kementerian Pendidikan Malaysia 2108, baru-baru ini.

Program anjuran Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kelibang dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi itu berlangsung selama 5 hari iaiti bermula pada 10 Oktober dan berakhir pada 14 Oktober 2018 (Rabu hingga Ahad).

Sebanyak 5 Kontijen negeri yang mengikuti perkhemahan antarabangsa pada kali ini iaitu Kontijen Selangor, Wilayah Persekutuan, Kedah, Terengganu dan Kelantan serta jemputan yang diterbangkan khas dari Jakarta, Indonesia. 

Objektif utama program ini adalah bagi membolehkan para peserta saling bertukar ilmu dan kemahiran dalam aspek perkhemahan terutamanya. Selain itu, kita juga berharap para peserta dari Malaysia dan Indonesia dapat bertukar serta memahami budaya antara dua negara.

Sepanjang perkhemahan berlangsung, peserta juga turut mengikuti pelbagai aktiviti mengikut sektor iaitu sektor pengetahuan dan kemahiran, kraftangan dan kreativiti, permainan rakyat, aktiviti lasak, pameran dan lawatan geopark. Peserta perlu menghabiskan semua aktiviti yang terdapat dalam setiap sektor bagi membolehkan mereka mencapai Anugerah Emas.

Alhamdulillah, peserta dari Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti kesemuanya memperolehi sijil Anugerah Emas dengan melengkapkan semua aktiviti dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Selain itu, peserta dari sekolah kita juga telah menjadi Johan Pertandingan Tarian Tradisional Kategori Rendah. Sekali lagi, peserta kita berjaya dalam pertandingan kuiz dan geopark terbuka.

Disini saya tinggalkan gambar sebagai kenang-kenangan sepanjang program yang berlangsung di Pulau Langkawi agar memori ini sentiasa segar dan memberi impak yang positif kepada semua peserta dan guru Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti.

Murid dan guru yang mewakili SK Pulau Meranti.

Pemasangan khemah di tapak perkhemahan murid lelaki.

Pemasangan khemah oleh murid perempuan.

Solat berjemaah setiap kali waktu solat.

Kontijen Selangor akan berkumpul pada setiap pagi untuk aktiviti senam pagi.

Flying Fox

Aktiviti Lasak
Aktiviti Berhalangan

Aktiviti Berhalangan

Aktiviti Kraftangan (Botol Plastik)

Aktiviti Kraftangan (Buluh)

Aktiviti Pengetahuan (Anduh)



Sambutan Hari Sukan Negara di Langkawi.


Lawatan ke Dataran Lang.

Menghayati SD Dome (Geopark)

Lawatan ke Kota Mahsuri.

Aktiviti Pengetahuan (Anduh)

Aktiviti Pameran Geopark.

Pengalaman menaiki Kabel Car.

Lawatan ke 3D Art Langkawi.




Taman arnab

Johan Pertandingan Tarian Tradisional Kategori Rendah 2018

Kontijen besar Selangor.





No comments: