Monday, October 1, 2018

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-36 (SESI PAGI)

Tarikh   : 1 Oktober 2018
Masa     : 7.30 hingga 8.00 pagi
Tempat  : Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas Sesi Pagi:
  1. En. Gopi a/l Rangaya
  2. En. Mohd Syukur bin Abu Bakar
  3. Pn. Suriatie bt Che Lah
  4. Pn. Roshida bt Nayan
  5. Pn. Noni bt Said

Aktiviti 
  • Pengerusi Majlis : Pn. Roshida bt Nayan
  • Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah dikendalikan oleh: Fatin Najihah bt Muhd Faizul (4G)
  • Bacaan Doa : Muhammad Usyair bin Shahlan (6G)
  • Ikrar Rukun Negara : Pn. Roshida bt Nayan
  • Ikrar Murid : Arief Luqman bin Ahmad Rithauddeen (4G)
  • Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Pn. Roshida bt Nayan


Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas:
  • Laporan disampaikan oleh En. Ridzuan Amir bin Mohamad
  • Minggu lepas merupakan minggu UPSR, jadi disiplin murid adalah baik kerana murid direhatkan sepanjang UPSR (hanya tahun tertentu sahaja yang hadir mengikut jadual).
  • Kehadiran ke sekolah juga baik.
  • Makluman kepada murid Tahun 6, walaupun sudah selesai UPSR, murid-murid masih tertakluk kepada peraturan sekolah seperti pemakaian uniform yang lengkap, hadir awal ke sekolah dan tidak berkeliaran di kawasan sekolah sewaktu PdP.


Ucapan Guru Bertugas:
  • Ucapan disampaikan oleh Pn. Roshida bt Nayan
  • Beliau mengucapkan tahniah kepada semua murid Tahun 6 kerana telah berjaya menghabiskan peperiksaan UPSR.
  • Tema pada minggu ini ialah "Hidup Berwawasan".
  • Wawasan bermaksud hala tuju di mana setiap insan perlu mempunyai matlamat dalam hidup. 
  • Beliau juga menjelaskan tujuan hidup seseorang hamba Allah adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT, taat dan patuh pada perintah Allah.
  • Tujuan/matlamat seorang murid yang hadir ke sekolah pula adalah untuk menuntut ilmu pengetahuan di samping mengamalkan nilai-nilai murni seperti menghormati ibu bapa dan guru-guru.
  • Murid-murid digalakkan belajar dan ulangkaji awal supaya tidak tertekan di saat-saat akhir menghadapi peperiksaan.
  • Peperiksaan Akhir Tahun akan bermula pada 4/10/2018, jadi semua murid diingatkan supaya menjaga kesihatan dan keselamatan diri.
  • Pn. Roshida juga mengingatkan murid supaya menjaga kebersihan kelas. Kebersihan kelas adalah tanggungjawab semua murid di kelas tersebut bukan sahaja murid yang bertugas pada hari itu.


Ucapan Pentadbir
  • Disampaikan oleh Datin Nora bt Yusof, GPK Kokurikulum.
  • Beliau memakluman, hari ni ramai guru yang tiada di sekolah atas urusan rasmi, jadi semua murid diingatkan supaya menjaga keselamatan diri dan disiplin masing-masing.
  • Semua murid tahun 6 perlu berada di dalam kelas sewaktu sesi persekolahan dan tidak merayau di sekitar sekolah dan membuat bising kerana terdapat pelbagai program yang dirancang selapas UPSR khas untuk murid-murid Tahun 6. Semua murid diharap dapat mengikuti semua program yang dijalankan dan mengikut peraturan sekolah.
  • Selain itu, beliau juga mengucapkan selamat maju jaya kepada murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan UPKK dan PSRA.
  • Murid-murid diharap bersedia menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun yang bakal berlangsung pada minggu hadapan.
  • Aktiviti kokurikulum pada telah pun selesai. Walau bagaimanapun, aktiviti kokurikulum waktu pagi masih diteruskan dengan aktiviti kawad kaki di padang.


Disiplin Murid: Baik dan Terkawal 


No comments: