Monday, January 28, 2019

KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS BADAN BERUNIFORM PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Tanggal 26 Januari 2019 (Sabtu) yang lalu, seramai 9 orang murid dari Tahun 4,5 dan 6 SK Pulau Meranti telah menyertai Kursus Asas Pertolongan Cemas Badan Beruniform Peringkat Kebangsaan Tahun 2019 bertempat di Dewan Kompleks Kementerian Dalam Negeri Jalan Sri Hartamas 1, Kuala Lumpur. Peserta yang terlibat terdiri daripada 8 orang ahli Unit Beruniform Pengakap (PKK) manakala seorang daripada Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Program ini merupakan anjuran Persatuan Taekwondo Bekas Prajurit (TTS), ATM. Berikut merupakan antara aktiviti yang berlaku sepanjang program berlangsung :

7.15 pagi : Tiba di lokasi

Sarapan pagi

Taklimat Kursus

 8.00 pagi : Kursus Bermula

10.00 pagi : Rehat 

10.20 pagi : Kursus disambung semula

12.45 tengah hari hingga 2.00 ptg : Makan tengah hari dan Solat

 2.15 ptg : Pertandingan Asas Pertolongan Cemas bermula

 Para peserta sedang dinilai

Pertandingan sedang dijalankan

5.30 ptg : Upacara Penutup &
 Penyampaian hadiah oleh Encik Nazar Bin Mamat 
(Penolong Pengarah Bahagaian Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia)

 Pemenang Tempat Ketiga Pertandingan Asas Pertolongan Cemas Peringkat Kebangsaan 2019

Pemenang Johan Pertandingan Asas Pertolongan Cemas Peringkat Kebangsaan 2019

6.30 ptg : Murid bertolak pulang ke rumah.


UPACARA PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN DI SEKOLAH

Tarikh   : 28. 01. 2019
Hari      : Isnin
Masa    : Perhimpunan pagi
Disampaikan oleh : Datin Nora Binti Yusof (PK Kokurikulum SK Pulau Meranti)

 TEMPAT KETIGA KEBANGSAAN : MUHAMMAD NAQIB ZAKWAN BIN MOHD HALIMI 
UNIT BERUNIFORM PENGAKAP

 TEMPAT KETIGA KEBANGSAAN : FAYYADH WIJDAN BIN ISMAIL  
UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)

  JOHAN KEBANGSAAN : NURADRIANA BATRISYIA BINTI NORDIN 
  UNIT BERUNIFORM PENGAKAP KANAK-KANAK(PKK)

  JOHAN KEBANGSAAN :AYRA QAISARA BINTI ABLEN LAMDEK   
  UNIT BERUNIFORM PENGAKAP KANAK-KANAK(PKK)

PESERTA MENERIMA SIJIL PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN

Akhir kata, kokurikulum merupakan elemen yang sama penting dengan kurikulum akademik dalam pendidikan negara kita selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Oleh itu, marilah sama-sama kita membantu generasi anak bangsa dalam menyedari kepentingan menyertai aktiviti dalam badan beruniform. Sekian, terima kasih.




No comments: