Program “Tunjuk Ajarku Sifu” adalah satu program yang dirancang bagi
meningkatkan tahap penguasaan murid pemulihan dalam masalah 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira. Kem ini menekankan aspek penggunaan bahan pengajaran dan
pembelajaran berbentuk modul bagi menarik minat murid untuk terus belajar
supaya penguasaan murid dalam masalah 3M dapat diatasi dalam masa yang singkat.
Program ini adalah berbentuk mentor mentee dimana ada guru kecil yang terdiri
dikalangan murid yang pandai membaca akan membimbing murid yang lemah.
MATLAMAT
- Membimbing murid untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dalam pembelajaran.
- Memantau perkembangan akademik murid dengan lebih efektif.
- Meningkatkan keyakinan diri murid dalam kehidupan harian.
- Memberi motivasi kepada murid untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik.
OBJEKTIF
- Meningkatkan prestasi murid dari segi penguasaan 3M dengan lebih cepat.
- Merapatkan hubungan antara murid, guru dan Ibu bapa.
- Membantu murid meningkatkan keyakinan diri terhadap pembelajaran.
- Membimbing rakan sebaya dalam menguasai 3M.
SASARAN
- Murid-murid Pemulihan Tahap 2 (Tahun 4, 5, 6)
ANJURAN
- Program Pemulihan kerjasama dengan Panitia Bahasa Melayu, Panitia Matematik, Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah dan Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti
TEMPAT
- Kelas Pemulihan, SK Pulau Meranti
- Pusat Sumber, SK Pulau Meranti
PELAKSANAAN
7 JANUARI 2019 (ISNIN)
|
Majlis Pelancaran Program “Tunjuk
Ajarku Sifu”
Penyerahan murid kepada mentor.
|
8 JANUARI SEHINGGA 31 MAC 2019
|
Perjumpaan mentor dan mentee.
10 minit (awal persekolahan -7.20 pagi), 10 minit (waktu rehat)
|
31 MAC 2019
|
Pasca Program
|
No comments:
Post a Comment