PROGRAM ‘SEDERAP SELANGKAH…MENUJU KEJAYAAN’
Pada
26 Januari 2019, satu majlis
permuafakatan bersama ibu bapa dan guru serta penetapan target UPSR 2019 telah diadakan sebagaimana ketetapan
berikut :
Ø TARIKH : 26
JANUARI 2019
Ø HARI :
SABTU
Ø MASA :
7.30 PAGI – 11.30 PAGI
Ø TEMPAT :
DEWAN SK PULAU MERANTI
Ø ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING BERSAMA
UNIT PENINGKATAN TAHUN 6
Ø PENGENALAN :
·
Merupakan program tahunan SK Pulau Meranti
yang bertindak sebagai satu wahana :
i)
motivasi dan dorongan kepada ibu bapa
calon UPSR,
ii)
perkongsian
peranan ibu bapa di rumah dalam membantu anak-anak serta;
iii)
membentangkan senarai program murid
tahun 6 yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2019 sekaligus mendapatkan persetujuan ibu bapa.
Ø OBJEKTIF :
·
Mewujudkan kesedaran murid terhadap
pentingnya akademik,
·
Memberikan teknik mendorong anak.
Ø TENTATIF :
· 7.30 – 8.30 : Pendaftaran
· 8.30 : Ketibaan ibu bapa
: Ucapan Pengerusi Majlis
: Bacaan doa
: Ucapan Wakil PIBG
: Ucapan guru besar
: Ceramah “Parenting”
: Pembentangan Program kecemerlangan UPSR 2019
: Penetapan yuran kecemerlangan
: Slot “Hati ke Hati” (soal jawab)
·
11.3o :
Bersurai
Ø SEKILAS
DARI LENSA KAMERA…
Pendaftaran
Ucapan aluan pengerusi majlis -
Majlis dipengerusikan oleh Puan Rabiatul Adawidyah
Bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz Sofian Bin Abdullah
Ucapan daripada Yang Dipertua PIBG SK Pulau Meranti, Datuk Hasnan bin Abdullah
Ucapan Penolong Kanan Kurikulum, Encik Mohd Azmin bin Atan
Suasana dewan ketika ucapan-ucapan berkenaan diberikan.
Warga dewan memberikan sepenuh tumpuan kepada ucapan-ucapan tersebut.
Ceramah 'Parenting' yang disampaikan oleh penceramah jemutan,
Encik Abu Hassan bin Maiden,
daripada Al-Baghdadi Playtime Centre.
Suasana dewan ketika ceramah disampaikan.
Ibu bapa memberikan sepenuh tumpuan terhadap ceramah 'Parenting' yang disampaikan.
Sekilas pandang : Pamplet Ceramah 'Parenting'
Penyampaian cenderamata kenang-kenangan kepada penceramah jemputan.
Pembentangan Program Kecemerlangan UPSR 2019
Sekilas Pandang : Penetapan Target UPSR 2019
Majoriti warga dewan bersetuju dengan penetapan yuran kecemerlangan sebanyak RM250
Slot "Hati ke Hati" atau slot sesi soal jawab bersama ibu bapa.
Salah seorang wakil ibu yang berkongsi persoalan dan cadangan.
Ø HARAPAN :
Tuntasnya, pihak sekolah mengucapkan
ribuan terima kasih kepada
semua
yang terlibat bagi menjayakan program ini khasnya buat ibu bapa yang hadir.
Pencapaian kata sepakat yang diperoleh daripada
program pembuka tirai anak-anak tahun 6 ini diharap dapat melancarkan
perjalanan aktiviti akademik mereka sepanjang tahun 2019 ini dan membuahkan
hasil yang baik dengan izin-Nya kelak.
Segala
kekurangan didadahulukan dengan ribuan kemaafan dan segala kerjasama dan
pemahaman daripada semua pihak khususnya ibu bapa diucapkan ribuan terima
kasih. Semoga kita berjumpa lagi pada lain masa.
No comments:
Post a Comment