Thursday, January 3, 2019

PROGRAM MAJU DIRI 2019

Hari pertama perlaksanaan Program Maju Diri 2019. Program ini akan dilaksanakan selama dua hari iaitu Khamis dan Jumaat dari pukul 7.45 pagi hingga 10.30pagi. Program ini khas untuk murid tahap 2. Program ini di anjuran oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling SKPM 2019.
Pendahuluan :

Program PMD adalah merupakan program yang diperkenalkan oleh Jabatan Pelajaran Selangor. Ia merupakan program orientasi dan suai kenal antara murid dengan murid dan murid dengan guru bertujuan menyediakan suasana belajar yang kondusif dan bersedia untuk belajar.

Matlamat :

Meningkatkan kesedaran tentang potensi diri dan keseimbangan dari aspek JERIS agar boleh menyesuaikan diri dengan suasana belajar secara positif.

Objektif :

Setelah tamat aktiviti PMD ini, diharap murid dapat :

Menanam sikap positif terhadap disiplin diri
Membina semangat kekitaan terhadap warga Sekolah
Mengenal potensi serta kelebihan diri sendiri












No comments: