Friday, January 4, 2019

PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG UNTUK MURID TAHUN 1 2019

      Program Transisi dan Guru Penyayang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan diri di dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal di tadika ke pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah. Program ini dilaksanakan pada awal sesi persekolahan bagi muri-murid Tahun Satu. Adalah diharapkan, kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran secara formal. Program Transisi ini akan berlangsung selama 3 minggu bagi murid Tahun 1. 

    Tujuan program ini ialah murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan  baharu dalam masa yang singkat. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun Satu. Murid boleh meningkatkan minat dan semangat untuk datang ke sekolah tanpa banyak masalah.

Hari Pertama Tahun 1 ( 2 Jan 2019 )

      Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti telah menerima lebih kurang 130 murid yang mendaftar untuk memasuki darjah Tahun 1. Hari pertama murid Tahun 1 dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah apabila melibatkan program transisi dan guru penyayang.

     Antara pengisian sepanjang program ialah nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor, Sekolah, Bacaan Ikrar, melawat bilik bilik khas sekitar sekolah, bacaan doa-doa, mewarna dan menulis buku lembaran kerja transisi, susun atur murid dalam barisan, tatacara bergerak menuju ke kelas dan lain lain lagi aktiviti yang bermanfaat.
     
      Bertemakan konsep Guru Penyayang iaitu "Minda Cerdas Mata Bercahaya" diharap dapat meningkatkan minat dan semangat murid-murid untuk datang ke sekolah bagi menimba ilmu tanpa masalah. Kami bagi pihak sekolah amat berbesar hati atas kerjasama dan keprihatinan ibu bapa yang sama sama membantu menjayakan Program ini samada secara langsung atau tidak.
     Sekian terima kasih
.

Murid Tahun 1 beratur mengikut kelas masing-masing.
Murid 1 Cemerlang
Murid 1 Wawasan
Murid 1 Gemilang

Murid membeli makanan di kantin

Masa Rehat
Ucapan Alu- aluan dari Guru Besar

Bacaan Doa Selepas makanan

Penerangan tentang peraturan sekolah

No comments: