Hari: Isnin
Masa: 1.00 petang
Tempat: Dataran Berbumbung
Pengerusi Majlis: Encik Muhammad Aliff Shah bin Idris
Senarai Guru Bertugas Kumpulan 1 Sesi Petang:
1. EN. MUHAMMAD ALIFF SHAH BIN IDRIS
2. PN. SUGUNAH A/P RAMAMOORTHY
3. PN. NURUL NABILAH BINTI NAJID
4. PN. NUR SYAZWANI BINTI SANUSI
Laporan Perhimpunan:
1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selangor dan Lagu Sekolah
Bacaan Doa
Bacaan Ikrar Rukun Negara
Bacaan Ikrar Murid
2. Ucapan Pengerusi Majlis
Mengucapkan 'Selamat Kembali Semula Ke Sekolah' kepada semua murid-murid dan 'Selamat Datang' kepada murid-murid tahun 1.
Diharapkan murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan masa dan situasi yang baharu.
Mengalu-alukan kehadiran Puan Guru Besar, Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru iaitu Encik Azwan Hazle bin Aminuddin, barisan pentadbir dan guru-guru.
Memperkenalkan barisan guru yang bertugas pada minggu ini. Murid-murid yang menghadapi masalah, bolehlah berjumpa atau berhubung dengan guru bertugas yang telah diperkenalkan.
Tema pada minggu ini iaitu Selamat kembali Ke Sekolah (Visi dan Misi Sekolah)
Visi:
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi:
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Insan Memenuhi Aspirasi
Acara diteruskan dengan Pelancaran Program Transisi Murid Tahun 1 oleh Pn. Guru Besar, YDP PIBG, GPK Koko dan GPK Petang.
No comments:
Post a Comment