Program Minggu Pertama Persekolahan SK Pulau Meranti telah dirancang oleh pihak sekolah di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Semua Panitia. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.5 Tahun 2023 (KPM.100-1/3/1 Jld 8 (32), aktiviti yang dijalankan akan mempengaruhi adab, akhlak dan motivasi murid dalam pembentukan sahsiah berdasarkan aspek karamah insaniah.
Tahniah kepada anak-anak SK Pulau Meranti yang bersemangat hadir ke sekolah pada minggu ini. Turut serta menyambut dan menyantuni murid-murid ialah Guru Besar, barisan Guru Penolong Kanan, Pegawai Perhubungan Sekolah, YDP PIBG, Jawatankuasa Guru Penyayang, Guru Disiplin, Guru Bertugas Mingguan, barisan pengawas, murid-murid yang sukarela dan jemputan istimewa iaitu maskot beruang.
Jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir, PIBG, Pegawai Perhubungan Sekolah, warga guru, para ibu bapa / penjaga dan semua murid yang turut memberi kerjasama sepanjang Program Minggu Pertama Persekolahan ini berlangsung. Pihak penganjur memohon maaf atas kekurangan atau kekhilafan sama ada disengajakan atau tidak. Semoga minggu pertama persekolahan memberi aura yang positif kepada semua murid SK Pulau Meranti untuk meneruskan langkah menuntut ilmu demi masa hadapan yang cemerlang.
Maklumat Program:
![]() |
Kata-kata motivasi yang dipaparkan pada kad sepanduk semasa menyambut kehadiran murid |
Jadual Aktiviti Tahun 4, 5 dan 6:
1) Amalan Sekolah Penyayang - Mengalu-alukan Kehadiran Murid
(Tarikh: 17.2.2025 hingga 21.2.2025)
(Tarikh: 17.2.2025)
3) Program Mentor Mentee : Sekolahku
(Tarikh: 17.2.2025)
4) Tunjuk Ajarku Cikgu - Pelbagai topik mengikut panitia
(Tarikh: 17.2.2025 hingga 20.2.2025)
5) Cabaran STEM - Cabaran Roket Belon
(Tarikh: 18.2.2025 hingga 20.2.2025)
No comments:
Post a Comment