Tarikh: 24 Februari 2025
Hari: Isnin
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan
Pengacara Majlis: En. Noorhisham Bin Mohd Noor
Senarai Guru Bertugas:
1. En. Noorhisham Bin Mohd Noor
2. Pn. Norjaya Binti Sumaleh
3. Pn. Mahfuzah Binti Ahmad Zakuan
4. En. Mohd Uzzair Amin Bin Suhaidin
Agenda Perhimpunan:
- Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
- Bacaan Doa dipimpin oleh Adik Muhammad Rayyan Haiqal.
- Bacaan Ikrar Rukun Negara dipimpin oleh Adik Qaseh Rania Amani.
- Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh Adik Hannah Thaqifah.
2. Ucapan Guru Bertugas
- Disampaikan oleh En. Noorhisham Bin Mohd Noor
- Memperkenalkan guru bertugas pada minggu ini. Murid yang menghadapi masalah boleh berjumpa dengan guru bertugas.
- Memaklumkan tema minggu ini iaitu Keselamatan
- Murid-murid diingatkan agar sentiasa menjaga keselamatan diri semasa berada di kawasan sekolah.
3. Ucapan Guru Disiplin
- Disampaikan oleh Ustaz Tuan Asri bin Tuan Deraman.
- Beliau mengingatkan agar semua murid memakai pakai seragam sekolah lengkap pada hari Isnin.
- Mengingatkan murid hadir awal ke sekolah.
- Murid diingatkan agar beratur semasa membeli makanan di kantin.
- Murid mestilah sentiasa menjaga disiplin.
4. Ucapan PK Hal Ehwal Murid
- Disampaikan oleh Puan Fauziah Binti Salehoddin.
- Beliau mengingatkan agar murid memakai pakaian lengkap sekolah pada hari Isnin.
- Murid diingatkan juga agar memakai pakaian seragam sekolah kecuali pada hari yang ada Pendidikan Jasmani & Aktiviti Ko Kurikulum.
- Semua murid hendaklah sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
- Murid mestilah memakai stoking dan kasut sekolah.
- Beliau juga mengingatkan murid supaya sentiasa hadir awal ke sekolah.
- Murid mestilah sentiasa menjaga disiplin terutama ketika berada di kawasan sekolah.
- Sekiranya murid menghadapi masalah seperti kes buli atau masalah keluarga diminta berjumpa dengan guru kaunseling sekolah.
- Semua guru adalah guru disiplin.
- Beliau memaklumkan aktiviti Ko Kurikulum akan bermula selepas raya Aidilfitri.
No comments:
Post a Comment