Saturday, February 15, 2025

PEMAKLUMAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2025/2026

 Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 5 Tahun 2023, No.Ruj: KPM.100-1/3/1 Jld.8 (32) mengenai pengurusan minggu pertama persekolahan. Pihak sekolah perlu melaksanakan program / aktiviti bermula pada hari pertama persekolahan.

Pengurusan pembukaan sekolah KPM bagi setiap sesi akademik sewajarnya berjalan dalam suasana ceria, mesra dan selamat. Perkara ini selaras dengan hasrat KPM untuk mewujudkan suasana “Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera”. Minggu pertama persekolahan seharusnya dimanfaatkan dengan pelaksanaan program / aktiviti menyeronokkan yang dapat menyokong murid dan guru bersedia sepenuhnya dari aspek sosioemosi dan mental untuk melaksanakan proses pendidikan formal.

Program Minggu Pertama Persekolahan tahun 2025 disasarkan kepada semua murid tahun 2 hingga tahun 6 






Jadual Perlaksanaan Tahun 2 :Klik Disini

Jadual Perlaksanaan Tahun 3 : Klik Disini

Jadual Perlaksanaan Tahap 2 Hari Isnin : Klik Disini

Jadual Perlaksanaan Tahap 2 Hari Selasa : Klik Disini

Jadual Perlaksanaan Tahap 2 Hari Rabu : Klik Disini

Jadual Perlaksanaan Tahap 2 Hari Khamis : Klik Disini

Jadual Perlaksanaan Tahap 2 Hari Jumaat : Klik Sini

No comments: