Monday, February 17, 2025

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Pertama Tahun 2025 (Sesi Pagi)

Tarikh: 17 Februari 2025

Hari: Isnin

Masa: 7.30 pagi

Tempat: Dataran Perhimpunan

Pengacara Majlis: Encik Mohammad Faiz bin Jamaluddin

Senarai Guru Bertugas: 

1. Encik Mohammad Faiz bin Jamaluddin

2. Puan Juli binti Mahbah

3. Puan Hayati binti Kamis

4. Puan Siti Nurain binti Jalaluddin

Guru Bertugas Minggu 1: Cikgu Faiz, Cikgu Hayati, Cikgu Nurain dan Cikgu Juli

Agenda Perhimpunan:

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selangor dan Lagu Sekolah
  • Bacaan Doa 
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Encik Mohammad Faiz bin Jamaluddin
  • Bacaan Ikrar Murid

2. Ucapan Pengerusi Majlis (Encik Mohammad Faiz bin Jamaluddin)
  • Mengucapkan 'Selamat Kembali Semula Ke Sekolah' kepada semua murid-murid dan 'Selamat Datang' kepada murid-murid Tahun 4 yang baru melangkah ke sesi pagi. Diharapkan murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan masa dan situasi yang baharu. 
  • Mengalu-alukan kehadiran dua orang Pegawai Perhubungan Sekolah iaitu Sarjan Major Roslan bin Rosin dan Sarjan Rossidan bin Ab Talib
  • Mengalu-alukan kehadian Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru iaitu Encik Azwan Hazle bin Aminuddin
  • Memperkenalkan barisan guru yang bertugas pada minggu ini. Murid-murid yang menghadapi masalah, bolehlah berjumpa atau berhubung dengan guru bertugas yang telah diperkenalkan. 
  • Tema pada minggu ini iaitu Selamat kembali Ke Sekolah (Visi dan Misi Sekolah)
Visi:
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi:
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Insan Memenuhi Aspirasi

2. Ucapan Pegawai Perhubungan Sekolah (Sarjan Major Roslan bin Rosin)
  • Mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang hadir ke sekolah pada hari ini
  • Pihak polis sentiasa komited dalam memastikan keselamatan murid-murid di sekolah ini sentiasa terpelihara.
  • Menjaga keselamatan di jalan raya. Sentiasa berhati-hati semasa melintas jalan dan patuhi peraturan lalu lintas.
  • Menjaga disiplin dan akhlak. Sentiasa patuh kepada peraturan sekolah, hormati guru serta rakan-rakan dan elakkan daripada terlibat dalam gejala begatif seperti buli dan vendalisme.
  • Kesedaran jenayah dan bahaya pengaruh luar. Sentiasa hindari daripada terlibat dengan aktiviti yang boleh menjerumuskan diri ke dalam masalah sosial seperti merokok, penyalahgunaan sosial secara tidak beretika, serta perbuatan yang boleh membahayakan diri dan orang lain. Jika ada perkara mencurigakan atau situasi yang tidak selamat, segera laporkan kepada guru atau pihak berkuasa. 
  • Kesimpulannya, dengan kerjasama semua pihak, kita dapat mewujudkan suasana persekolahan yang selamat, harmoni dan kondusif untuk pembelajaran. Pihak polis sentiasa bersedia membantu dan memberikan khidmat nasihat berkaitan keselamatan murid-murid di sekolah ini. 
3. Taklimat ringkas mengenai Program Minggu Pertama Persekolahan (Puan Juli binti Mahbah)
  • Mengucapkan selamat kembali ke sekolah. Semoga terus ceria dan bersemangat menuntut ilmu kerana Allah Taala
  • Program Minggu Pertama Persekolahan diberi nama sempena pengurusan minggu pertama [ersekolahan sesi akademik Tahun 2025 Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisan Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 5 Tahun 2023.
  • Program / aktiviti di sekolah pada minggu pertama ini akan mempengaruhi adab, akhlak dan motivasi murid dalam pembangunan sahsiah berdasarkan aspek karamah insaniah. 
  • Pada hari ini (17 Februari, Isnin), pihak sekolah mengadakan aktiviti yang baru sebentar tadi iaitu Amalan Guru Penyayang. Selepas selesai Perhimpunan Rasmi, akan diadakan Program Mentor Mentee, yang bertajuk 'Sekolahku'. Aktiviti terakhir ialah Tunjuk Ajarku Cikgu. Sasaran : Semua murid Tahun 4, 5 dan 6
  • 18 Februari hingga 21 Februari: Aktiviti Amalan Guru penyayang, Tunjuk Ajarku Cikgu (pelbagai topik dan mengikut subjek), Senamrobik, Mini Sukan Rakyat, Permainan Tradisional Malaysia, Pemugaran Emosi Murid, Cabaran Roket Belon, Aktiviti Kreatif /Refleksi Diri dan Gotong-royong. 
  • Alatan yang perlu dibawa: pensel warna, belon dan kain lap. 
  • Semoga program yang dilaksanakan pada minggu pertama sesi persekolahan ini akan mewujudkan suasana ceria, selamat, bermakna dan terancang. 
4. Ucapan Guru Besar ( Puan Hajah Norlita binti Ramli)
  • Mengucapkan 'Selamat Kembali Ke Sekolah' kepada semua murid serta 'Selamat Datang' kepada murid Prasekolah, murid Tahun 4 dan murid baharu yang akan memulakan perjalanan pendidikan di SK Pulau Meranti. 
  • Minggu pertama persekolahan ini amat penting kerana ia menjadi langkah awal dalam membentuk suasana pembelajaran yang positif. Semoga murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti disiplin, hormat-menghormati serta bertanggungjawab.
  • Bagi para guru yang dihormati, kita semua memainkan peranan penting dalam membimbing anak-anak ini menuju kejayaan. Semoga kita dapat melahirkan murid yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga berakhlak mulia dan bersedia menghadapi cabaran masa depan. 
  • Diharapkan agar Tahun 2025, kita semua akan lebih produktif dan bermakna. Sama-samalah kita melangkah dengan tekad yang kuat untuk mencapai kecemerlangan dan menjadikan SK Pulau Meranti sebagai sekolah yang terus gemilang.

Ucapan Pegawai Perhubungan Sekolah

Ucapan Guru Besar

Penghargaan kepada PPS dan YDP PIBG

Bergambar bersama maskot

Warga SK Pulau Meranti

Bergambar kenangan sempena Program Minggu Pertama Persekolahan

Perhimpunan tamat pada pukul 8.00 pagi.

No comments: