Tuesday, June 17, 2014

Sekolah Ganti Cuti Hari Raya Aidil Fitri

Dimaklumkan bahawa Sabtu - 21.6.2014 merupakan sekolah ganti bagi cuti Hari Raya Aidil Fitri. Semua murid perlu hadir ke sekolah mengikut jadual hari Jumaat. 

Saya suka pergi sekolah

Monday, June 16, 2014

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013: Tahniah!

Bandar Baru Bangi, 13 Jun 2014 - Empat orang guru dan staf dari SK Pulau Meranti telah menerima sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2013 di Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Bangi. Penerima APC tersebut adalah Puan Nasibah bt Sairi, Puan Yusnur Aida bt Yusof, Puan Rose Halina bt Jedin dan Encik Azlan bin Kamaruddin. Majlis telah dirasmikan dan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Mahmud bin Karim, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Selangor. Pihak sekolah mengucapkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan semoga kejayaan ini akan memangkinkan prestasi kerja yang lebih cemerlang pada masa akan datang. Tahniah!

Penerima APC 2013 SK Pulau Meranti (dari kiri):
Puan Nasibah, Puan Yusnur Aida, Puan Rose Halina & Encik Azlan

Laporan Perhimpunan Minggu ke-21: Berjimat-cermat.

Tarikh: 16 Jun 2014
Masa: 7.45-8.15 pagi
Tempat: Tapak perhimpunan

Guru bertugas:

1. Encik Yusnizan bin Ahmad Marzuki
2. Puan Y. Nuryati binti Abu Bakar
3. Puan Diana binti Yusof
4. Puan Mahfuzah binti Ahmad Zakuan

Laporan:


1. Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
  • Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah
  • Bacaan doa oleh Muhammad Aliff Dzaqwan bin Hasniruddin
  • Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar murid oleh Nurzafirah binti Fairuz Zamer
  • Bacaan ikrar keselamatan jalanraya oleh Edlyn Abnesha a/p Santhakumaran

2. Laporan guru bertugas pada minggu lepas: Encik Muazam bin Mohd Yunus
  • Kehadiran hari terakhir sebelum cuti pertengahan tahun kurang memuaskan
  • Murid-murid Tahun 6 diingatkan tentang persediaan menjelang UPSR
  • Mengucapkan selamat maju jaya dan semoga murid-murid lebih proaktif pada minggu ini

3. Ucapan guru bertugas minggu ini: Encik Yusnizan bin Ahmad Marzuki
  • Tema: Berjimat-cermat
  • Maksud berjimat-cermat: bersederhana dalam setiap perkara
  • Murid-murid boleh mempraktikkan amalan jimat-cermat seperti dalam berbelanja wang saku, dalam menguruskan masa dan dalam menggunakan tenaga elektrik serta air.
  • Antara faedah daripada aktiviti berjimat-cermat ialah mendisiplinkan pelajar, bertanggungjawab dan berhemah tinggi.

4. Ucapan Guru Disiplin: Encik Daud bin Aris
  • Menegur tentang murid yang tidak lengkap dalam pemakaian uniform sekolah - tiada lencana, tiada nametag, tiada tali leher, tidak memakai stokin
  • Rambut beberapa orang murid ditegur kerana tidak mengikut peraturan
  • Tindakan telah diambil terhadap murid-murid yang melanggar peraturan

5. Pengumuman pemenang Pertandingan Hari Puteri Peringkat Daerah Sepang: Puan Roshida bt. Nayan
  • SK Pulau Meranti telah menyertai 3 pertandingan iaitu menyediakan sandwich, kraftangan dan hafazan.
  • Mashitah bt. Sedik dan Maisarah Adilah binti Mazlan telah menjuarai pertandingan menyediakan sandwich dan akan mewakili daerah Sepang pada 21 Jun 2014 di Shah Alam.

6. Ucapan GPK Pentadbiran: Encik Mohd Azmin bin Atan
  • Encik Azmin menegur tentang pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah sepanjang cuti.
  • Guru-guru hendaklah menyemak kerja tersebut dan membuat laporan susulan.
  • Murid Tahun 6 diingatkan tentang persediaan UPSR.

7. Perhimpunan bersurai pada jam 8.10 dengan nyanyian lagu Malaysia Berjaya.

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas: Encik Muazam 

Ucapan oleh GPK Pentadbiran: Encik Mohd Azmin

Laporan disediakan oleh: Yusnizan bin Ahmad Marzuki

Friday, May 30, 2014

Penambahbaikan PBS







Sejak akhir Mac lalu, beberapa penambahbaikan telah dilakukan terhadap PBS. Penambahbaikan dalam PBS ini mengambilkira beberapa komen dan cadangan yang dikemukakan oleh persatuan guru dan juga ahli akademik lain. Berikut ialah dapatan Penambahbaikan Dalam PBS dan Perbezaannya dengan PBS yang terdahulu.

Penambahbaikan 1 : DSP ditukarkan sebagai PPPM
Masalah :
1. Dokumen Standard Prestasi dikatakan terlalu rigid dan terikat.
2. Guru terbeban kerana perlu mentaksir mengikut pernyataan evidens

Penyelesaian :
1. Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid lebih fleksibel.
2. PPPM lebih membantu guru memberi fokus lebih kepada pdp.
3. Pernyataan evidens ditiadakan supaya guru tidak terikat dengan pernyataan evidens.
4. Fail Perkembangan Murid, Fail Showcase dan Rekod Transit juga ditiadakan.


Penambahbaikan 2 : SPPBS direkodkan Secara Offline
Masalah :
1. Masalah capaian yang perlahan
2. Rekabentuk sistem kurang mesra pengguna
3. Kemudahan dan prasarana belum lengkap

Penyelesaian :
1. Rekod secara offline dan bebas mengikut kesesuaian masa guru
2. Menyediakan pelaporan perkembangan pembelajaran murid untuk makluman ibubapa
3. Tiada masalah untuk akses internet lagi.


Penambahbaikan 3 : PMR digantikan dengan PT3
Masalah :
1. PMR ialah peperiksaan berpusat
2. PMR dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Peperiksaan

Penyelesaian :
1. PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) menggantikan PMR
2. Bukan peperiksaan berpusat
3. Sekolah bertanggungjawab mentadbir, mentaksir, memberi skor dan mengeluarkan pelaporan

Wednesday, May 28, 2014

Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR: Bahasa Melayu & Sains.

Pulau Meranti, 28 Mei 2014 - Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR SK Pulau Meranti telah menganjurkan dua buah bengkel teknik menjawab soalan UPSR bagi murid-murid tahun 6. Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan bengkel teknik menjawab soalan yang bermula jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi. Bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Mohd. Yazid nin Sulaiman, Guru Besar SK Sri Saujana, Kuala Lumpur. Encik Mohd. Yazid banyak memberikan tips untuk menjawab kertas Penulisan UPSR.

Pada jam 11.30 pagi pula, bengkel teknik menjawab soalan UPSR Sains telah diadakan. Bengkel anjuran Panitia Sains ini telah disampaikan oleh Puan Norasmawati binti Omar dari SK Taman Putra Perdana. Beliau telah berkongsi banyak tip atau panduan berkisar cara-cara untuk menjawab soalan bahagian B. Bahagian B merupakan bahagian yang sukar dijawab oleh murid. Diharapkan semua 52 orang murid tahun 6 yang hadir dapat memanfaatkan ilmu yang telah diberikan. Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kerana telah hadir ke bengkel teknik menjawab ini. Kepada 26 orang murid yang tidak dapat hadir sememangnya amatlah rugi kerana telah terlepas peluang keemasan ini. Harapan guru-guru tahun 6 agar semua murid dapat mengaplikasikan ilmu yang telah diperolehi daripada program ini semasa menjawab kertas soalan sebenar UPSR nanti. Sepanjang cuti sekolah ini, diharapkan dapat memanfaatkan dengan mengulangkaji pelajaran. "Cuti-cuti juga, buku jangan dilupa!!"


Encik Mohd Yazid memberikan tip-tip karangan UPSR kepada murid-murid


Murid-murid bersungguh-sungguh memberi perhatian


Puan Noni menyampaikan ucapan penutup
Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu

Puan Norasmawati binti Omar memberikan penerangan kepada murid-murid


Murid-murid membuat latihan yang diberikan

Tuesday, May 27, 2014

Mesyuarat Jawatankuasa PIBG kali ke-3.

Pulau Meranti, 27 Mei 2014 - Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-3 telah dijalankan pada malam tadi bertempat di Bilik Mesyuarat. Mesyuarat yang bermula jam 8 malam dan dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Mahzan bin Tamyis, Yang Dipertua PIBG tersebut bertujuan membincangkan perkara-perkara berbangkit serta merancang solusi terhadap perkara-perkara baharu. Mesyuarat kali ini menyaksikan penglibatan kali pertama oleh Puan Siti Habsah binti Ahmad, Guru Besar SK Pulau Meranti selaku penasihat PIBG yang baru. Mesyuarat ditangguhkan jam 11 malam.

YDP PIBG, Tuan Haji Mohd Mahzan mempengerusikan mesyuarat

Ahli-ahli jawatankuasa PIBG meneliti minit mesyuarat yang lalu

Barisan penolong kanan turut hadir sebagai tulang belakang PIBG

Ucapan sulung oleh Puan Nora binti Yusof setelah dilantik sebagai
GPK Kokurikulum yang baru di hadapan AJK PIBG 

Pelantikan GPK Kokurikulum: Tahniah dan Selamat Bertugas!

Pulau Meranti, 27 Mei 2014 - Puan Nora binti Yusof telah dilantik menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SK Pulau Meranti ini berkuatkasa mulai tarikh 1 Mei 2014. Pelantikan ini sekaligus mengisi kekosongan jawatan GPK Kokurikulum di sekolah ini berikutan persaraan mantan GPK Kokurikulum, Puan Shamsiah Fakhih binti Abdullah yang telah bersara.

Puan Nora binti Yusof: GPK Kokurikulum SK Pulau Meranti
Kelihatan Puan Nora (berbaju kurung hijau) menyertai barisan pentadbir
semasa perhimpunan rasmi sekolah hari Isnin lalu

Di samping itu, untuk makluman, Puan Azizah binti Mokhlas yang merupakan ustazah di sekolah ini juga telah dilantik sebagai GPK Kokurikulum di SK Taman Putra Perdana. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau atas segala sumbangsih yang telah dicurahkannya sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Tahniah buat Puan Nora dan Puan Azizah. Selamat bertugas!.

Puan Azizah binti Mokhlas: GPK Kokurikulum SK Taman Putra Perdana