Unit Ko-Kurikulum SK Pulau Meranti telah menganjurkan program Kem Kepimpinan AJK Tertinggi Unit Ko-ku pada hari Sabtu 10hbFebuari 2018 bertempat di Dewan Besar sekolah. Program ini melibatkan semua ajk tertinggi bagi kelab dan persatuan. Tujuan utama dan matlamat penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan umtuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.
Objektif program ini diadakan adalah untuk:
i) Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan modul jati diri
ii) Memupuk nilai-nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri
iii) Membina kepercayaaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang mantap boleh menjadikan para pemimpin membantu ke arah peningkatan akademik dan sahsiah
iv) Menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap murid apabila menghadapi tugas yang diamanahkan
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ketika di dalam Kem
Kepimpinan AJK Tertinggi Kokurikulum
1. Sesi pendaftaran muri-murid yang terlibat
2. Senaman Pagi
3. Minum Pagi
4. Ucapan alu-aluan daripada Ketua Penyelaras
program iaitu Ustazah Nor Hanim bt Ismail.
5. Ceramah mengenai Kepimpinan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa oleh Tuan Penceramah: En. Kharul Azwa bin Ab Razak, Jurulatih Utama Dakwah SPI dan KPM.
6.Activity LDK (cara untuk menulis laporan
Kokurikulum)
7. Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil
Program berjalan dengan lancar dan bersurai pada jam 12.00 tengah hari.
No comments:
Post a Comment