Thursday, February 8, 2018

PROGRAM MENGGAPAI KASIH, MENYULAM HARAPAN 2018


PENGENALAN
Program Menggapai Kasih, Menyulam Harapan telah berlangsung pada 8 Februari 2018 iaitu pada hari Khamis bertempat di Bilik Mesyuarat SK Pulau Meranti. Program ini adalah anjuran bersama Jawatankuasa Pemulihan Khas, Jawatankuasa Linus dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Pulau Meranti. Program ini diadakan untuk memastikan semua guru dan ibu bapa diberi input serta ilmu yang terkini dan mempelajari pelbagai teknik dan kaedah yang berkaitan dengan ciri-ciri murid berkeperluan khas (MBK). Pengenalpastian murid berkeperluan khas (MBK) perlu dilaksanakan seawal mungkin bagi membolehkan intervensi diberikan sebelum mereka mula melangkah ke alam persekolahan. Intervensi awal bagi murid berkeperluan khas adalah penting untuk mengurangkan impak ketidakupayaan mereka dan boleh mempengaruhi kesediaan murid mengikuti PDPC. Pengenalpastian perlu dijalankan ke atas murid-murid yang menunjukkan ciri-ciri berkeperluan khas melalui dua pendekatan iaitu pengesanan dan rujukan. Semua murid yang dikenal pasti perlu mendapat pengesahan daripada pengamal perubatan. Alhamdulillah dengan penyampaian ilmu oleh penceramah jemputan iaitu Puan Mazlifah Binti Mohamad, Penolong Pengarah Peripatetik, 3PK, Kementerian Pendidikan Malaysia selama dua jam memberikan input yang sangat berguna untuk dimanfaatkan sepanjang bersama dengan murid-murid di dalam kelas khususnya. Program ini dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Salinda Binti Kadri selaku pengerusi majlis pada hari ini. Selepas itu, ucapan Datin Noraizah Binti Dun (PK HEM) mewakili Puan Guru Besar. Slot seterusnya, disampaikan oleh Puan Mazlifah Binti Mohamad selaku penceramah jemputan pada hari ini. Program berakhir pada jam 2.15 petang. Ribuan terima kasih di atas kehadiran dan penglibatan guru-guru, staff dan ibu bapa dalam menjayakan program pada hari ini. Semoga perkongsian ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan dalam kehidupan kita.


OBJEKTIF
  1. Menyediakan peluang pembelajaran bagi MBK supaya dapat mengembangkan potensi secara menyeluruh.
  2. Melaksanakan program keibubapaan supaya cakna dan lebih prihatin kepada keperluan MBK.
  3. Meningkatkan kerjasama warga sekolah dan ibu bapa bagi mengatasi halangan dan memberikan kefahaman yang jelas ke arah mencapai kesamarataan.
  4. Mengenal pasti ciri-ciri murid berkeperluan khas (MBK) di sekolah dengan lebih mendalam.
  5. Memastikan semua guru dan ibu bapa diberi input yang terkini dan mempelajari ilmu berkaitan melalui program ini.
  6. Meningkatkan penglibatan, kerjasama dan sumbangan dua hala antara murid MBK dan murid perdana, guru, ibu bapa dan warga sekolah.

SASARAN
  • Guru-guru, staff dan ibu bapa

LENSA KAMERA
















No comments: