Monday, February 12, 2018

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-7 SESI PETANG

Tarikh   : 12 Februari 2018
Masa     : 3.40 - 4.10 petang
Tempat : Dataran Ilmu


GURU BERTUGAS:
  • Pn. Y.Nuryati Binti Abu Bakar
  • Pn. Nordiana Binti Amiruddin
  • Cik Najwa Binti Abd Wahab
  • Pn. Yusnur Aida Binti Yusof

AKTIVITI

  • Pengerusi Majlis oleh Cik Najwa Binti Abd Wahab.
  • Nyanyian 4 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku yang dipimpin oleh En. Mohd. Riza Feelaqiz Bin Shauri.
  • Bacaan ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Cik Najwa Binti Abd Wahab.
  • Bacaan doa oleh Muhammad Ammar Bin Nor Haziman (3 Gemilang).
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Nor Amalin Adriana Binti Salahuddin (3 Gemilang).






UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS
  • Ucapan disampaikan oleh Pn. Noor Rashedah Binti Mustaffa.
  • Masih ada lagi murid yang melakukan vandalisme di persekitaran kawasan sekolah.
  • Murid diingatkan sekali lagi agar menjaga harta benda sekolah dengan baik kerana ia adalah hak bersama.
  • Murid yang melakukan kesalahan merosakkan harta benda sekolah akan diambil tindakan disiplin.
  • Murid-murid yang datang awal pada hari Jumaat, diingatkan supaya menunggu di kantin sahaja dan tidak dibenarkan masuk ke dalam kelas sehingga jam 2.15 petang.

UCAPAN GURU BERTUGAS
  • Ucapan disampaikan oleh Cik Najwa Binti Abd Wahab.
  • Cik Najwa memperkenalkan guru-guru yang bertugas sepanjang minggu ini.
  • Tema pada minggu ini ialah "Katakan tidak pada buli dan ponteng sekolah".
  • Cik Najwa menasihati murid agar tidak membuli rakan yang lain sama ada buli secara fizikal ataupun emosi.
  • Cik Najwa juga menasihati murid agar tidak ponteng ke sekolah kerana banyak keburukan daripada kebaikan.
  • Murid-murid perlu mengelakkan buli dan ponteng kerana ia adalah amalan yang tidak baik.

UCAPAN PENOLONG KANAN PETANG
  • Ucapan disampaikan oleh Puan Nor Hasimah Binti Samarin.
  • Pn. Nor Hasimah menyatakan rasa sedih kerana masih terdapat kes vandalisme berlaku sepanjang minggu lepas.
  • Pn. Nor Hasimah menyatakan bahawa jika masih ada lagi kes ini, tindakan disiplin akan diambil serta akan memaklumkan kepada ibu bapa untuk membuat ganti rugi.
  • Beliau juga menasihati murid-murid agar bersama-sama menjaga harta benda sekolah demi kepentingan bersama.
  • Beliau juga memaklumkan bahawa pada 15 hingga 19 Februari 2018, sekolah akan bercuti sempena sambutan Tahun Baharu Cina.



Perhimpunan ditangguhkan pada jam 4.10 petang.

No comments: