Saturday, February 24, 2018

SEMINAR KEIBUBAPAAN " SEDERAP SELANGKAH... MENUJU KEJAYAAN"

Pada 24 Februari 2018, Sabtu - Unit Bimbingan Dan Kaunseling SKPM bersama Unit Peningkatan UPSR telah melaksanakan seminar keibubapaan tang bertajuk " Sederap selangkah... Menuju Kejayaan".

PENDAHULUAN
Program motivasi ibubapa merupakan salah satu program yang telah dirangka dan dijadikan sebagai program  tahunan  Pulau Meranti. Program ini dirangka bagi memberi motivasi dan dorangan kepada calon UPSR serta peranan ibubapa dalam mendorong anak-anak dirumah.
MATLAMAT
Matlamat sebenar Program motivasi ini adalah semata-mata untuk mencetuskan peranan dan tanggungjawab calon UPSR serta ibubapa untuk meningkatkan prestasi dalam akademik.
OBJEKTIF
  • Menwujudkan kesedaran murid terhadap pentingnya akademik
  • Memberikan atau mengongsi teknik mendorong anak.
Seminar ini di sampaikan oleh Bakhtiar Fitri B. Hj. Abdul Hamid. Beliau berasal Dusun Tua Hulu Langat & sekarang menetap di Kajang, Selangor. Beliau merupakan Perunding Utama NADI ILMU TRAINING MANAGEMENT
Beliau juga Pengasas Modul Motivasi Anak2 Permata Cinta Ilahi serta Pengasas & Admin media social bagi kemahitan keibubapaan  “ AKU              MEMBESARKAN SEORANG KHALIFAH “
Panel tetap Program Sembang Teh Tarik di Tv Alhijrah & Panel   jemputan Program Tanyalah Ustaz di Tv9. Selain itu pernah muncul ditv dlm Program Semanis Kurma & Wanita Hari Ini & Al-Hidayah di Tv3 serta bersiaran dlm Tazkirah Usrah di Radio Bernama & Sinar FM.
Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Shariah & Undang-Undang  UM, Diploma Pendidikan serta menyambung Pendidikan di peringkat Sarjana dlm Psikologi Pendidikan UKM.
Beliau juga pernah menjadi Peguam Syarie.

































No comments: