Monday, February 12, 2018

PELANCARAN PROGRAM SUKSeS 2018

Pada 12 Februari 2018, Isnin - Majlis Pelancaran Program SUKSeS 2018 telah dilaksanakan.Program ini merupakan wajah baru kepada program " The Champion".

Program Strategi Untuk Kecemerlangan Seluruh Selangor (SUKSeS) merupakan program yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) yang mesti dilaksanakan di semua sekolah-sekolah dalam negeri Selangor. Pelaksanaan Program ini akan bermula pada bulan Februari -Ogos 2018. Penyelaras bagi program ini adalah Guru Bimbingan Dan Kaunseling setiap sekolah. Program ini akan dipantau pelaksanaanya dari masa ke semasa.

 Rasional
Program SUKSeS ini akan meningkatkan pencapaian UPSR  Negeri Selangor.

Objektif
· Meningkatkan bilangan murid cemerlang di semua sekolah di Saelangor.
· Membantu murid mencapai kecemerlangan melalui bimbingan berfokus dan sistematik
· Mewujudkan budaya belajar yang efektif melalui rakan sebaya dan persaingan yang sihat. 
Moto

" Don't study hard but study smart"




  
PK HEM Datin Noraizah merasmikan Pelancaran Program SUKSeS 2018
Calon SUKSeS dipakaikan button badge oleh Datin Noraizah

  

Calon SUKSeS membacakan Ikrar 



No comments: