Wednesday, February 7, 2018

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-6 (SESI PAGI)

Tarikh   : 5 Februari 2018
Masa     : 7.30 hingga 8.00 pagi
Tempat  : Dataran Perhimpunan

Guru Bertugas Sesi Pagi:
  1. En. Gopi a/l Rangaya
  2. En. Mohd Syukur bin Abu Bakar
  3. Pn. Suriatie bt Che Lah
  4. Pn. Roshida bt Nayan
  5. Pn. Noni bt Said

Aktiviti 
  • Pengerusi Majlis : En. Mohd Syukur bin ABu Bakar
  • Nyanyian : Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor & Lagu Sekolah dikendalikan oleh: Nur Adriana Batrisya bt Nordin (5G) & Aiza Aryana bt Zolkarnain (5G)
  • Bacaan Doa : Irfan Haziq Putra bin Khairul Hamidy (6G)
  • Ikrar Rukun Negara : En. Mohd Syukur bin Abu Bakar
  • Ikrar Murid : Muhammad Nabil bin Mohd Nazri (5G)
  • Ikrar Keselamatan Jalan Raya : En. Mohd Syukur bin Abu Bakar


Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas:
  • Laporan disampaikan oleh En. Ridzuan Amir bin Mohamad.
  • Murid perlu segera ke tapak perhimpunan apabila loceng rehat dibunyikan dan perlu beratur dalam keadaan senyap dan teratur terutama murid Tahap 2. Tahniah kepada semua murid Tahun 1 kerana mudah memahami arahan apabila diarahkan.



Ucapan Guru Bertugas:
  • Ucapan disampaikan oleh En. Mohd Syukur bin Abu Bakar
  • Tema pada minggu ini ialah "Makanan Seimbang".
  • Kita perlu mengambil makanan yang seimbang mengikut piramid makanan.
  • Makanan yang seimbang penting untuk kesihatan tubuh badan dan kecerdasan minda.
  • Murid-murid perlu mengambil sarapan supaya tidak mengantuk semasa di dalam kelas.
  • Makanan segera perlu dielakkan kerana boleh menyebabkan obesiti.


Ucapan Guru Disiplin:
  • Disampaikan oleh En. Mohd Helmi bin Jumri
  • Murid-murid diingatkan supaya memastikan kuku sentiasa pendek.
  • Pada setiap Isnin, semua murid lelaki wajib memakai tali leher. Jika tiada tali leher, murid perlu membeli di kedai buku sekolah.
  • Murid lelaki perlu memastikan rambut sentiasa pendek dan dipotong mengikut potongan murid sekolah dan tidak dibenarkan potongan rambut yang berfesyen.


Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran:
  • Disampaikan oleh En Mohd Azmin bin Atan
  • Beliau mengingatkan semua murid supaya menjaga pemakanan kerana pemakanan yang betul dan seimbang berkait dengan cara hidup seseorang.
  • Seperti amalan membaca doa dan selawat sebelum belajar yang perlu diamalkan bagi memastikan ilmu yang disampaikan dapat diterima dengan baik.


Disiplin Murid: Baik dan Terkawal




No comments: