Monday, March 20, 2023

Laporan Perhimpunan Minggu Pertama Persekolahan Tahun 2023 Sesi Pagi

 20 Mac 2023 adalah hari pertama persekolahan sesi 2023/2024.

 Guru Bertugas pada minggu ini adalah :-

 1. En. Alif
2. En. Khiril
3. Pn. Idayu
4. Pn. Suzila
5. Pn. Sugunah



Guru BNK menyambut kehadiran murid di pintu pagar dengan memberikan gula-gula kepada murid-murid.
Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Setelah itu Adik Auf Rayyan membacakan doa.






Cikgu Alif Melafazkan Ikrar Rukun Negara

Adik Azra Zahira melafazkan Ikrar Murid




Ucapan Guru Bertugas :-

* Cikgu Aliff memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu pertama.
* Beliau juga mengalu-alukan kehadiran murid dengan mengucapkan " Selamat Kembali Ke Sekolah" dan minta murid menanam satu azam, tinggalkan yang keruh dan ambil yang jernih.

Ucapan Barisan Pentadbir Oleh Ust Samsolri GPK HEM

# PK Hem mengucapkan " Selamat Kembali Ke Sekolah"
# Beliau juga mengingatkan murid bawa waktu kehadiran adalah pukul 7.20pagi. kehadiran lewat 3 kali akan di berikan surat amaran dan dimasukkan nama di SSDM.
#Beliau juga memaklumkan pada murid mengenai Program PMD secara panjang minggu pertama. 

Sebelum perhimpunan ditamatkan, Panitia PJPK memlaksanakan senamrobik yang "simple".






 

 


Friday, March 17, 2023

MAKLUMAT PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU & GURU PENYAYANG SESI 2023/2024

 Assalamualaikum wbt, Salam Perpaduan dan Salam Malaysia Madani.


PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN SATU


WAKTU PERSEKOLAHAN SESI PETANG
Makluman awal, waktu sesi persekolahan BERMULA 20 Mac 2023 (Isnin)
1. Waktu sesi persekolahan.
Isnin: pukul 1.00 pm - 6.20 pm
Selasa: pukul 1.00 pm - 6.20 pm
Rabu: pukul 1.00 pm - 5.50 pm
Khamis: pukul 1.00 pm - 5.50 pm
Jumaat: pukul 2.30 pm - 5.50 pm

2. Waktu sesi persekolahan bulan RAMADHAN pula seperti ketetapan berikut :
Pukul 1.00 pm - 5.30 pm
(Isnin - Khamis)
Pukul 2.30 pm - 5.30 pm
(Jumaat)
3. Mohon jasa baik tuan / puan untuk TIDAK meletakkan kenderaan di hadapan sekolah tahfiz supaya tidak menghalang kenderaan keluar masuk murid sekolah tahfiz.
4. Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan tuan/puan.
5. Semoga sesi persekolahan bagi sesi petang berjalan lancar dan sempurna.
Daripada :
GPK Petang
SK Pulau Meranti



Disertakan jadual pemakaian murid sepanjang Program Transisi untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga.
Baju PJ (Tshirt Hijau) boleh dibeli di kedai buku SK Pulau Meranti.

Sekiranya tiada, murid DIBENARKAN memakai tshirt putih, seluar trek berwarna gelap dan kosong. Kasut sekolah dan stokin berwarna hitam. (Tudung dan anak tudung berwarna putih jika berkenaan).
Sekian. Terima kasih
**Sebarang perubahan, akan dimaklumkan kemudian dalam group whatsapp kelas anak masing-masing.




Mohon semua ibu bapa dan penjaga membekalkan alat tulis yang lengkap bagi melancarkan program yang dirancang.
'Bulat air kerana pembetung,
bulat manusia kerana muafakat'

Sekian. Terima kasih




Semua murid Tahun 1 dikehendaki membawa tanah liat yang akan digunakan dalam Program Transisi pada hari Rabu 23/3/2023.
Ibu bapa penjaga boleh membeli atau membuat sendiri tanah liat seperti di link https://rb.gy/92t8qc (Scan QR code)

Sekian. Terima kasih





Peringatan mesra ✌
Mohon semua barangan murid ditanda dengan nama dan kelas terutama beg sekolah untuk mengelakkan tertukar atau hilang.

Pastikan nombor untuk dihubungi ada dicatatkan di beg/ dompet/ dalam bekas pensil anak-anak.
(Murid digalakkan menghafal nombor telefon ibu bapa /penjaga untuk mempercepatkan urusan semasa kecemasan)

Diminta membekalkan wang kecil dan secukupnya untuk perbelanjaan waktu rehat murid. (Murid juga sangat digalakkan membawa bekal makanan dan minuman sendiri dari rumah).

Latih urus diri anak-anak menggunakan tandas duduk/cangkung tanpa membuka kain/seluar sepenuhnya untuk meningkatkan tahap kebersihan.
(Pemakaian tali pinggang yang mudah bagi murid lelaki sangat diharapkan)


* Ibu bapa dan penjaga juga dijemput untuk menonton hingga tamat bagi melancarkan lagi persiapan murid untuk sesi persekolahan baharu yang akan bermula 20 Mac 2023 (Isnin).
Sekian. Terima kasih


Thursday, March 16, 2023

MESYUARAT KOKURIKULUM BIL. 1/2023

 HARI        : SELASA

TARIKH    : 14/03/2023

MASA        : 11.00 PAGI - 1.00 PETANG

TEMPAT    : DEWAN SERI MERANTI SKPM

Mesyuarat Kokurikulum Bil. 1/2023 telah dijalankan seperti ketetapan di atas. Mesyuarat ini membincangkan pengurusan kokurikulum bagi tahun 2023. Semua guru akan menggalas tugas seperti mana yang telah diamanahkan demi kecemerlangan kokurikulum sekolah. 



MESYUARAT HEM BIL.1/2023

 

Tarikh: 14 Mac 2023

Hari: Selasa

Masa: 8.30 pagi - 10.30 pagi

Tempat: Dewan Meranti SKPM

Mesyuarat HEM Bil.1/2023 merupakan sebuah mesyuarat pendahuluan bagi mengurus dan menjalankan urusan Hal Ehwal Murid bagi sesi persekolahan 2023/2023 SK Pulau Meranti. Dikaitkan dengan usaha kerajaan yang mengharapkan “Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC), dengan teras yang utuh seperti keteguhan rohani, keterampilan diri, sahsiah terpuji dan kemantapan jati diri perlu diberi perhatian.  

         Oleh itu, Penolong Kanan HEM, En Muhamad Samsolri bin Ismail menjelaskan dan membincangkan beberapa perkara iaitu; kebersamaan (kerjasama), pencapaian peratus kehadiran murid ke sekolah, galakkan ibu bapa/penjaga membuat surat ketidakhadiran atau pengisian “Google Form”, teguran, surat amaran dan prosedur buang sekolah, “Ziarah Cakna”, tempoh waktu isian e-kehadiran dalam APDM, pengisian SSDM, keberadaan murid di kelas, pemeriksaan mengejut “spotcheck”, program/aktiviti (kebersihan, keselamatan dan kesihatan), pengosongan bangunan, perubahan fungsi bilik isolosi serta beberapa perkara penting lagi.

           Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang hadir dan memberikan kerjasama dalam menjayakan mesyuarat kali ini. Semoga semua warga SKPM berganding bahu untuk melahirkan warga sekolah yang cemerlang dan berketrampilan.



MESYUARAT GURU BIL.1/2023

Tarikh: 13 Mac 2023

Hari: Isnin

Masa: 8.30 pagi - 10.30 pagi

Tempat: Dewan Meranti SKPM

Mesyuarat Guru Bil.1/2023 merupakan sebuah mesyuarat utama sebagai taklimat/rujukan awal para guru untuk menjalankan amanah sebagai tenaga pendidik khususnya di SK Pulau Meranti telah dilaksanakan dengan jayanya. 

           Terdapat pelbagai perkara penting/baharu yang disampaikan dan dibincangkan oleh Puan Guru Besar, Puan Siti Habsah bt Ahmad termasuklah program/aktiviti pembukaan sekolah, amalan sekolah penyayang, PAK 21, penggunaan media sosial, pertukaran guru, guru tidak hadir bertugas, keluar dari kawasan sekolah, Cuti Rehat Khas (CRK) dan Cuti Sakit, perhimpunan rasmi mingguan serta beberapa perkara lagi.

     Penolong Kanan 1 dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid turut menyampaikan dan membincangkan beberapa maklumat penting seperti laporan PBD, UASA dan PLAN, RPH, RPT, Program KPM, Bilik Muzik dan Bilik RBT, penguatkuasaan penggunaan bilik guru, peratus kehadiran murid dan beberapa perkara lagi.

       Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang hadir dan memberikan kerjasama dalam menjayakan mesyuarat kali ini. Buku Pengurusan Sekolah juga dirujuk bagi mendapatkan maklumat dan mengetahui jawatan dan tanggungjawab guru yang lebih jelas bagi sesi persekolahan 2023/2024. 






Wednesday, March 15, 2023

TAKLIMAT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)

  • Tarikh: 15 Mac 2023
  • Hari: Rabu
  • Masa: 8.30 pagi - 9.45 pagi
  • Tempat: Dewan Meranti SKPM

SK Pulau Meranti telah terpilih sebagai sekolah TS25 Kohort 7 pada November 2022 yang lalu. Program Transformasi Sekolah (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di negara kita.

Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah kita dapat mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :

Semoga SKPM akan terus cemerlang dan kami bersedia menyahut cabarat TS25.



MESYUARAT KURIKULUM BIL.1/2023

  • Tarikh: 13 Mac 2023
  • Hari: Isnin
  • Masa: 11.00 pagi - 1.00 petang
  • Tempat: Dewan Meranti SKPM

Mesyuarat Kurikulum Bil.1/2023 telah dijalankan seperti ketetapan di atas. Pelbagai perkara telah dibincangkan bagi memastikan pengurusan kurikulum sepanjang 2023/2024 berjalan dengan lancar. Selain itu, beberapa nasihat dan motivasi diberikan kepada guru-guru sebagai persediaan pembukaan sekolah pada 20 Mac 2023 akan datang.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang hadir dan kerjasama yang telah diberikan.
Diharap mesyuarat ini dapat membantu dan memandu guru-guru melaksanakan tugasan yang diberikan.