20 Mac 2023 adalah hari pertama persekolahan sesi 2023/2024.
Guru Bertugas pada minggu ini adalah :-
3. Pn. Idayu
4. Pn. Suzila
5. Pn. Sugunah
![]() |
| Cikgu Alif Melafazkan Ikrar Rukun Negara |
![]() |
| Adik Azra Zahira melafazkan Ikrar Murid |
20 Mac 2023 adalah hari pertama persekolahan sesi 2023/2024.
Guru Bertugas pada minggu ini adalah :-
![]() |
| Cikgu Alif Melafazkan Ikrar Rukun Negara |
![]() |
| Adik Azra Zahira melafazkan Ikrar Murid |
Assalamualaikum wbt, Salam Perpaduan dan Salam Malaysia Madani.
HARI : SELASA
TARIKH : 14/03/2023
MASA : 11.00 PAGI - 1.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SERI MERANTI SKPM
Mesyuarat Kokurikulum Bil. 1/2023 telah dijalankan seperti ketetapan di atas. Mesyuarat ini membincangkan pengurusan kokurikulum bagi tahun 2023. Semua guru akan menggalas tugas seperti mana yang telah diamanahkan demi kecemerlangan kokurikulum sekolah.
Tarikh: 14 Mac 2023
Hari: Selasa
Masa: 8.30 pagi - 10.30 pagi
Tempat: Dewan Meranti SKPM
Mesyuarat HEM
Bil.1/2023 merupakan sebuah mesyuarat pendahuluan bagi mengurus dan menjalankan
urusan Hal Ehwal Murid bagi sesi persekolahan 2023/2023 SK Pulau Meranti. Dikaitkan
dengan usaha kerajaan yang mengharapkan “Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC), dengan
teras yang utuh seperti keteguhan rohani, keterampilan diri, sahsiah terpuji
dan kemantapan jati diri perlu diberi perhatian.
Oleh itu, Penolong
Kanan HEM, En Muhamad Samsolri bin Ismail menjelaskan dan membincangkan beberapa
perkara iaitu; kebersamaan (kerjasama), pencapaian peratus kehadiran murid ke
sekolah, galakkan ibu bapa/penjaga membuat surat ketidakhadiran atau pengisian “Google
Form”, teguran, surat amaran dan prosedur buang sekolah, “Ziarah Cakna”, tempoh
waktu isian e-kehadiran dalam APDM, pengisian SSDM, keberadaan murid di kelas, pemeriksaan
mengejut “spotcheck”, program/aktiviti (kebersihan, keselamatan dan kesihatan),
pengosongan bangunan, perubahan fungsi bilik isolosi serta beberapa perkara
penting lagi.
Terima kasih diucapkan kepada
semua guru yang hadir dan memberikan kerjasama dalam menjayakan mesyuarat kali
ini. Semoga semua warga SKPM berganding bahu untuk melahirkan warga sekolah
yang cemerlang dan berketrampilan.
Tarikh: 13 Mac 2023
Hari: Isnin
Masa: 8.30 pagi - 10.30 pagi
Tempat: Dewan Meranti SKPM
Mesyuarat Guru Bil.1/2023 merupakan sebuah mesyuarat utama sebagai taklimat/rujukan awal para guru untuk menjalankan amanah sebagai tenaga pendidik khususnya di SK Pulau Meranti telah dilaksanakan dengan jayanya.
Terdapat pelbagai perkara penting/baharu yang disampaikan dan dibincangkan oleh Puan Guru Besar, Puan Siti Habsah bt Ahmad termasuklah program/aktiviti pembukaan sekolah, amalan sekolah penyayang, PAK 21, penggunaan media sosial, pertukaran guru, guru tidak hadir bertugas, keluar dari kawasan sekolah, Cuti Rehat Khas (CRK) dan Cuti Sakit, perhimpunan rasmi mingguan serta beberapa perkara lagi.
Penolong Kanan 1 dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid turut menyampaikan dan membincangkan beberapa maklumat penting seperti laporan PBD, UASA dan PLAN, RPH, RPT, Program KPM, Bilik Muzik dan Bilik RBT, penguatkuasaan penggunaan bilik guru, peratus kehadiran murid dan beberapa perkara lagi.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang hadir dan memberikan kerjasama dalam menjayakan mesyuarat kali ini. Buku Pengurusan Sekolah juga dirujuk bagi mendapatkan maklumat dan mengetahui jawatan dan tanggungjawab guru yang lebih jelas bagi sesi persekolahan 2023/2024.
SK Pulau Meranti telah terpilih sebagai sekolah TS25 Kohort 7 pada November 2022 yang lalu. Program Transformasi Sekolah (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan di negara kita.
Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah kita dapat mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.
Semoga SKPM akan terus cemerlang dan kami bersedia menyahut cabarat TS25.