Saturday, February 15, 2020

KEM KEPIMPINAN AJK TERTINGGI UNIT KOKURIKULUM 2020

Sabtu - 15 Februari 2020 telah berlangsung Kem Kepimpinan AJK Tertinggi Unit Kokurikulum bertempat di Dewan SK Pulau Meranti. Kem yang disertai lebih 110 orang murid telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Matlamat kem  ini diadakan untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin dalam meningkatkan kemahiran kepimpinan, pengetahuan dan menambah pengalaman serta memantapkan murid.

Berikut adalah objektif kem ini dilaksanakan:

  • Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta berkaitan dengan modul program jati diri.
  • Memupuk nilai-nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri.
  • Membina kepercayaan dan keyakinan pada diri bahawa dengan persediaan yang mantap boleh menjadikan para pemimpin dapat membantu ke arah peningkatan akademik dan sahsiah.
  • Menyemarakkan rasa komitmen yang tinggi dalam diri setiap murid apabila menghadapi tugas yang diamanahkan.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh GPK Kokurikulum, Datin Nora binti Yusof. Terima kasih diucapkan kepada semua jawatankuasa yang telah melaksanakan program pada hari ini. Tahniah kepada semua murid yang terlibat.





Pendaftaran

Sarapan

Senaman Pagi

Ice-Breaking

LDK

LDK

Majlis Penutup

Penulisan Laporan

No comments: