Saturday, February 1, 2020

PROGRAM PERJUMPAAN IBUBAPA TAHUN 6 " SELAUT KASIH SEGUNUNG HARAPAN" 2020

Pada pagi ini satu program perjumpaan bersama ibubapa tahun 6 telah diadakan. Program "Selaut Kasih Segunung Harapan" ini dianjurkan oleh Unit Gemilang UPSR 2020 serta PIBG sekolah.

 Program ini adalah antara program yang diadakan pada setiap awal tahun untuk ibubapa murid-murid tahun 6. Ibu bapa seharusnya mengetahui pelaksanaan aktiviti serta perincian setiap program yang telah dirancang oleh pihak sekolah dalam merealisasikan impian semua murid-murid tahun 6 bagi mendapat keputusan yang cemerlang. Di samping itu juga program ini diharap dapat membantu mengeratkan ukhwah antara pihak sekolah dengan ibu bapa yang merupakan tunjang utama bagi murid-murid. Perjumpaan ini bertujuan untuk membuat penetapan sumbangan peningkatan yang perlu dibiayai oleh ibu bapa atau penjaga bagi menampung kos pelaksanaan aktiviti murid-murid tahun 6 sepanjang tahun 2020. 

Rasional bagi program ini adalah untuk:

  • Memberi pendedahan kepada ibubapa tentang program yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi meningkatkan prestasi PPSR murid-murid tahun 6.
  • Mewujudkan ukhwah antara pihak sekolah dengan ibubapa murid tahun 6 kerana amat penting dalam menggembleng tenaga bagi mencapai misi sekolah.

Objektif program ini adalah:

  • Menjalinkan kerjasama padu antara ibu bapa dan guru dalam usaha untuk meningkatkan prestasi murid-murid.
  • Sasaran PPSR 2020
  • Membentangkan program peningkatan PPSR yang telah dirancang oleh pihak sekolah
  • Membuat keputusan bersama dalam menetapkan sumbangan untuk melaksanakan Program Kecemerlangan PPSR 2020 bagi setiap murid.
Pendaftaran untuk program ini dibuka seawal jam 7.30 pagi. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis dan bacaan doa oleh Ustaz Helmi pada jam 8.45 pagi di dewan SKPM. Program diteruskan oleh ucapan dari YDP PIBG, En. Azwan Hazle Bin Aminuddin dan kemudian ucapan oleh Guru Besar SKPM, Pn. Siti Habsah Binti Ahmad. Guru Besar telah membentangkan pencapaian UPSR 2019 dan program-program tahun 6 yang telah dirancang untuk tahun ini. Akhir sekali, perbincangan yuran tahun 6 bersama ibubapa dimana ibubapa sebulat suara bersetuju menetapkan yuran sebanyak RM250 untuk seorang murid. Majlis bersurai pada jam 10.30 pagi.

Foto pendaftaran ibubapa dan guru-guru






Ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, Pn. Shurainee Hanim


Bacaan doa oleh Ustaz Helmi


Ucapan dan pembentangan oleh Guru Besar SKPM, Pn. Siti Habsah Binti Ahmad



Penetapan dan persetujuan bayaran yuran Tahun 6




Sesi perkenalan guru-guru tahun 6


Sesi soal jawab



Perkongsian daripada mantan YDP PIBG


Pencatat program pada hari ini




Antara guru-guru yang hadir


Ibubapa yang hadir pada hari ini




Buku program "Selaut Kasih Segunung Harapan" 2020 yang disediakan oleh Pn. Suriatie Binti Che Lah











No comments: