Hari : Isnin
Tempat : Dataran Berbumbung
Masa : 3.40-4.10 petang
Guru Bertugas :
- Puan Noor Rashedah binti Mustaffa
 - Dr Shamsiah binti Daud
 - Puan Mahfuzah binti Ahmad Zakuan
 
Pengerusi Majlis : Auf Rayyan bin Zainal (3 Cempaka)
Aktiviti Minggu Ini :
1) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
2) Bacaan doa : Akif Dzahin bin Hasniruddin (3 Mawar)
3) Ikrar Rukun Negara : Puan Noor Rashedah binti Mustaffa
4) Ikrar Murid : Muhd Alif Haiqal (3 Cempaka)
5) Ucapan Guru Bertugas
- Disampaikan oleh Puan Noor Rashedah binti Mustaffa
 - Tema : Katakan Tidak Pada Buli
 - Murid hendaklah sentiasa berakhlak mulia dengan menunjukkan rasa kasih dan sayang kepada kawan-kawan.
 - Sifat buli mestilah dijauhi kerana ia merupakan sifat yang tercela dan pada masa yang sama ia akan menzalimi orang lain.
 - Laporan minggu lepas : Masih ada beberapa orang murid yang lambat balik. Murid telah diingatkan agar memaklumkan ibubapa dan penjaga. Guru Kelas turut mengingatkan ibubapa di dalam grup kelas masing-masing tentang perkara tersebut.
 
- Disampaikan oleh Tuan Haji Sofian bin Abdullah.
 - Mengingatkan murid-murid agar menjaga kekemasan diri.
 - Murid lelaki dinasihatkan agar memotong atau menggunting rambut mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah sesuai dengan seorang murid.
 - Murid perempuan yang tidak bertudung diminta agar mengikat rambut dengan kemas.
 - Menjaga kebersihan & kekemasan diri melambangkan keperibadian seseorang.
 
7)Ucapan Penolong Kanan Petang
- Disampaikan oleh Pn Hajjah Nor Aini binti Mohd Bahari.
 - Ada murid yang balik lewat pada minggu lepas sekitar jam 10 malam. Murid diingatkan agar memaklumkan ibubapa dan penjaga agar mengambil murid tepat pada waktunya.
 - Murid diminta menulis alamat dan nombor telefon dan meletakkan di dalam beg sekolah bagi memudahkan pihak sekolah membuat tindakan selanjutnya.
 - Murid juga diingatkan agar mengelakkan diri dari sifat membuli.
 - Murid juga sentiasa diingatkan agar menjaga keselamatan diri dan cuba elakkan diri dari tercedera atau menyebabkan murid lain tercedera.
 - Sentiasa menjaga disiplin diri sepanjang masa.
 
- Pelancaran Ziarah Cakna oleh Pn Hajjah Nor Aini binti Mohd Bahari
 - Program ini diadakan bertujuan untuk :
 
- Mengeratkan silaturrahim antara ibubapa dan pihak sekolah.
 - Berterima kasih kepada penjaga di atas pencapaian cemerlang anak-anak dari aspek akademik, kokurikulum dan shahsiah.
 - Memperluas konsep sekolah penyayang dan memperkukuh hubungan antara sekolah dengan ibubapa melalui ziarah guru ke rumah murid.
 
LENSA KAMERA
![]()  | 
| Ucapan Pengerusi Majlis : Auf Rayyan | 
![]()  | 
| Bacaan Doa : Akif Dzahin | 
![]()  | 
| Ikrar Rukunegara : Puan Nor Rashedah | 
![]()  | 
| Ikrar Murid : Muhd Alif Haiqal | 
![]()  | 
| Ucapan Guru Bertugas : Puan Nor Rashedah | 
![]()  | 
| Ucapan Guru Disiplin : Tuan Haji Sofian | 
![]()  | 
| Ucapan PK Petang : Puan Hajjah Nor Aini | 
![]()  | 
| Pelancaran Program Ziarah Cakna oleh PK Petang | 
![]()  | 
| Barisan Para Guru Sesi Petang | 
![]()  | 
| Barisan Para Guru Sesi Petang | 










No comments:
Post a Comment