Tuesday, February 11, 2020

PELANCARAN BULAN PANITIA BAHASA MELAYU TAHUN 2020

Pada 11 Februari 2020 (Selasa), Panitia Bahasa Melayu telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Panitia bertempat di Dataran Perhimpunan SK Pulau Meranti. Sepanjang bulan panitia ini, pelbagai aktiviti telah dirancang dengan matlamat utama adalah untuk menarik minat murid-murid SK Pulau Meranti dalam kemahiran bahasa dari segi aspek membaca dan menulis.

Pembukaan majlis dikendalikan oleh Encik Nordin Bin Mat Hussin selaku Pengerusi Majlis sempena bulan panita. Majlis pada sesi pagi telah disempurnakan oleh Puan Siti Habsah Binti Ahmad selaku Guru Besar SK Pulau Meranti. Majlis juga diserikan lagi dengan persembahan murid-murid Tahun 6 yang begitu puitis serta penuh nuansa berbudaya yang halus dalam tema berpantun. Persembahan murid ini telah dipimpin oleh Puan Norazmah Binti Che Omar.

Pelancaran majlis bagi sesi petang juga telah diadakan pada hari yang sama dan majlis disempurnakan oleh Puan Hajah Nor Aini Binti Mohd Bahari selaku Penolong Kanan Petang SK Pulau Meranti. Persembahan sesi petang pula dipimpin oleh Puan Faiza Fitria Binti Che Mat.

Pihak panitia mengharapkan kerjasama semua pihak terutama guru, ibu bapa dan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti yang dirancang. Alhamdulillah, perjalanan majlis berjalan lancar dan ucapan syabas kepada semua ahli jawatankuasa panitia Bahasa Melayu atas pelancancaran ini.

PELANCARAN SESI PAGI











PELANCARAN SESI PETANG









No comments: