Monday, February 24, 2020

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM NAFAS BAHARU

Tarikh: 24.2.2020
Hari: Isnin
Tempat: Dataran Perhimpunan

👉Anjuran:
Jawatankuasa Pusat Sumber SKPM

👉Dengan kerjasama:
Panitia Bahasa Melayu
Panitia Bahasa Inggeris

#1hari1buku
#Malaysiamembaca
#Dekadmembacakebangsaan

🌺Pengenalan🌺

Pusat sumber merupakan nadi ilmu bagi sesebuah sekolah. Perpustakaan salah satu daripada cabang unit yang membentuk pusat sumber. Oleh itu, murid-murid perlu mengenali dan sentiasa mendampingi pusat sumber.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan haruslah mempunyai ikatan yang rapat dengan pengetahuan tentang pusat sumber. Diharapkan Minggu Pusat Sumber yang akan dijalankan nanti dapat mencapai objektif yang telah disasarkan.

🌺Objektif🌺

📖Mengenal fungsi serta perkhidmatan yang terdapat di Pusat Sumber.
📖Meminati dan mencintai buku.
📖Menarik penyertaan murid dalam program dan aktiviti berkaitan pembacaan bagi menyuburkan minat membaca.
📖Menggunakan Pusat Sumber sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan.
📖Menaikkan peratus bacaan NILAM murid setiap aliran.
📖Membuat pemilihan Tokoh NILAM bagi Prasekolah, Tahap 1 dan Tahap 2.
📖Menggalakkan murid-murid membaca sekurang-kurangnya 1 hari 1 buku.


Pengacara majlis, Cik Siti Aniqah Binti Saineh👇


Majlis Pelancaran Program NILAM bagi tahun 2020 telah disempurnakan oleh Pn. Siti Habsah Binti Ahmad, Guru Besar SK Pulau Meranti👇




Persembahan sketsa kisah "Si Tanggang" oleh murid Tahun 1👇








Nyanyian Lagu Nilam oleh Pengawas-pengawas Pusat Sumber👇




Sekian, terima kasih.

No comments: