LAWATAN SENI SAMBIL BELAJAR
#BASKL
INISIATIF CENDANA 
DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Hari                   : Rabu
Tarikh                : 12 Februari 2020
Masa                  : 8:00 pagi - 3:15 petang
Jumlah murid     : 108 orang ( murid tahun 6 dan sebahagian murid tahun 4 dan 5 )
Guru pengiring  : 8 orang
        Program #BASKL Lawatan Seni Sambil Belajar adalah inisiatif CENDANA (Culture Economy Development Agency) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha mewujudkan pengalaman positif yang pertama untuk murid-murid sekolah rendah mengenai  seni budaya Malaysia.
         Murid-murid akan memperolehi pengalaman pembelajaran melalui pendedahan secara langsung dan berpeluang melihat pameran seni visual di tempat kesenian profesional.
        Pada kali ini, murid-murid SK Pulau Meranti berkesempatan melawat Galeri Seni Shah Alam sejajar dengan program #BASKL.
![]()  | 
| Cikgu Yusnizan memberikan taklimat kepada murid-murid | 
![]()  | 
| Guru-guru dan murid-murid bergambar bersama dengan topi tajaan CENDANA | 
![]()  | 
| Murid-murid menikmati sarapan pagi di Galeri Seni | 
![]()  | 
| Pn. Nur Shafiqah, Penolong Kurator memberikan taklimat kepada guru-guru teknik batik painting | 
![]()  | 
| Murid-murid cuba menghasilkan lukisan menggunakan teknik batik painting | 
![]()  | 
| Gelagat murid-murid untuk menghasilkan teknik batik painting | 
![]()  | 
| Antara hasil daripada murid-murid menggunakan kaedah batik painting | 
![]()  | 
| En. Izwan, Penolong Kurator menyampaikan taklimat berkaitan dengan Galeri Seni | 
![]()  | 
| Antara lukisan berkaitan arang dan abu yang terdapat di Galeri Seni | 
![]()  | 
| Murid menjamu selera makan tengah hari | 
![]()  | 
| Murid-murid menjalankan aktiviti santai bersama guru sekitar Taman Tasik Shah Alam | 
          Selesai aktiviti teknik batik painting dan melawat Galeri Seni, di Galeri Seni Shah Alam, murid-murid di bawa mengelilingi sekitar ibu negeri Selangor, Shah Alam. Guru pengiring serta murid-murid menunaikan Solat Zuhur di Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah. Selesai menunaikan Rukun Islam yang kedua itu, guru-guru dan murid-murid bergerak pulang ke SK Pulau Meranti.
        Secara keseluruhannya, murid-murid yang terlibat amat gembira kerana melalui pengalaman membuat teknik batik painting dan berpeluang melawat galeri seni.
TERIMA KASIH CENDANA
TERIMA KASIH #BASKL













No comments:
Post a Comment