Monday, February 10, 2020

Laporan Perhimpunan Minggu Ke-7 (Sesi Pagi)

Laporan Perhimpunan Minggu Ke-7 (Sesi Pagi)


TARIKH     : 10 Februari 2020
MASA       : 7.30 pagi
TEMPAT  : Dataran Perhimpunan
TEMA      : Katakan Tidak Pada Buli dan Ponteng.


GURU BERTUGAS KUMPULAN 1 :
1. Cik. Sharifah Nurul Hafizah binti Syed Omar
2. En. Yusnizan bin Ahmad Marzuki
3. Pn. Maziana binti Mustaffar
4. Pn. Diana binti Yusof


KRONOLOGI & LENSA KAMERA : 



             Pengacara majlis yang ditugaskan, Pn.Diana bt.Yusof memastikan murid-murid berada di dalam keadaan bersedia sebelum majlis dimulakan. 






Seterusnya, pengacara menjemput semua guru dan murid berdiri tegak bagi menyanyikan 3 buah lagu rasmi iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Nyanyian lagu rasmi  dipimpin oleh 2 orang pengawas bertugas, Batrisya dan Raihana. Masing-masing merupakan murid dari kelas 5 Gemilang. 







Bagi memberkati majlis, Adik Naqib Zakwan dari kelas 6 Gemilang kemudiaannya dijemput bagi mengimamkan bacaan doa





 



 


Setelah bacaan doa selesai, aturcara majlis diteruskan lagi dengan bacaan Ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh guru bertugas, Pn.Diana. 




 



Bacaan Ikrar Murid yang diketuai oleh adik Fatin Najihah yang juga merupakan murid 6 Gemilang. 





Penerangan tema minggu ini yang merupakan ‘Katakan Tidak Pada Buli Dan Ponteng’ diberikan oleh Puan Diana. Beliau telah berkongsi berkenaan definisi buli dan ponteng. Beliau turut memberikan contoh-contoh yang termasuk dalam gejala buli. Murid-murid dinasihatkan agar menjauhi contoh-contoh yang tidak baik tersebut.


Agenda diteruskan dengan ucapan perasmian Program Guru Penyayang dan Ziarah Cakna oleh YDP PIBG, Encik Azwan Hazlee Bin Aminuddin


 

Ucapan diberikan penuh semangat oleh YDP PIBG SK Pulau Meranti. 






Sesi soal jawab bersama-sama murid.






 Simbolik perasmian Program Ziarah Cakna. 





 









Perhimpunan kali ini diakhiri dengan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YDP PIBG di atas kesudian beliau merasmikan program berkenaan.






HARAPAN :
Tuntasnya, sekalung ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan perhimpunan kali ini. Segala pengisian diharap dapat membakar semangat murid untuk berusaha lebih maju dalam semua lapangan sekaligus memperbaiki sahsiah ke arah yang lebih baik. Segala kekurangan turut didahulukan dengan ribuan kemaafan.

No comments: