Masa : 7.30 - 8. 00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SK Pulau Meranti
GURU BERTUGAS :
1. EN. ADNAN BIN MUSTAFA
2. PN SITI JUITAH BINTI IBRAHIM
3. PN CHE MARIAH BINTI NGAH
4. CIK SITI ANIQAH BINTI SAINEH
Pengerusi Majlis :
Murid Pergerakan Puteri Islam (PPIM)
Nur Idzni Faqihah
Ikrar Rukun Negara :
Ustaz Adnan Bin Mustafa
Ikrar Keselamatan Jalan Raya :
Ustaz Adnan Bin Mustafa
Bacaan Doa :
Adham Fahmi Bin Yusnizan
Ikrar Murid :
Nur Idzni Faqihah
LAPORAN MINGGU LEPAS
- Laporan minggu lepas disampaikan oleh En. Nordin Bin Mat Husin
- En Nordin melaporkan terdapat beberapa orang murid yang tidak beratur dengan betul sewaktu beratur di kelas masing-masing pada waktu pagi sebelum masuk ke kelas ketika cuaca hujan.
- En. Nordin juga memberi peringatan dan nasihat agar murid tidak lalu dan bermain di sekitar kawasan larangan.
LAPORAN MINGGU KOKURIKULUM PPIM
- Murid PPIM memberi info kepada semua mengenai Sejarah Penubuhan Unit Beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia.
UCAPAN KETUA GURU DISIPLIN & PENGAWAS
- Ucapan disampaikan oleh Ustaz Mohamad Helmi Bin Jumri
- Ustaz Helmi memberi peringatan dan nasihat kepada murid mengenai peraturan di sekolah dan ketika perhimpunan.
- Ustaz Helmi juga mengingatkan waktu datang dan pulang murid-murid agar murid mematuhi waktu yang telah ditetapkan
- Ustaz Helmi berharap agar murid-murid dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
UCAPAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
- Ucapan disampaikan oleh Datin Noraizah Binti Dun.
- PK HEM memberi pesanan kepada murid-murid untuk mengingatkan ibu bapa mereka agar tidak meletakkan kenderaan di hadapan pagar pintu masuk sekolah sehingga boleh menghalang kereta-kereta yang ingin masuk ke kawasan sekolah. PK HEM khuatir akan berlakunya perkara yang tidak diingini jika perkara ini berlarutan.
- PK HEM juga mengingatkan murid-murid agar tidak lewat hadir ke sekolah.
- PK HEM juga memberi nasihat kepada murid-murid agar tidak berlari-lari di kawasan sekolah terutama waktu rehat dan waktu pulang ke rumah.
Perhimpunan rasmi ditangguhkan pada jam 8.00 pagi.
No comments:
Post a Comment