Program Selaut Kasih Segunung Harapan 2018 telah pun berlangsung di Dewan Seri Meranti, SK Pulau Meranti pada 20 Januari 2018 pada hari Sabtu. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dan dihadiri kira-kira 47 ibu bapa murid-murid tahun 6, 2018.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada ibubapa tentang program yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi meningkatkan prestasi PPSR murid-murid tahun 6. Selain itu, ianya juga bertujuan mewujudkan ukhwah diantara pihak sekolah dengan ibubapa murid tahun 6 untuk bersama-sama menggembleng tenaga bagi mencapai misi sekolah.
Diharapkan dengan adanya program ini ianya dapat menjalinkan kerjasama padu antara ibu bapa dan guru dalam usaha untuk meningkatkan prestasi murid-murid didalam PPSR 2018.
Dari lensa kamera sepanjang majlis berlangsung:
Pendaftaran Ibubapa dan guru |
Pengacara majlis: Cikgu Mohd Syukur |
Bacaan doa dari Al Fadhil Ust. Helmi |
Ucapan dari YDP PIBG, Datuk Hasnan bin Abdullah |
Taklimat PPSR 2018 oleh PK Pentadbiran, En. Mohd Azmin |
Pembentangan Program tahun 6 oleh Guru Besar SK Pulau Meranti, Pn. Siti Habsah. |
Nampaknya ibubapa semua bersetuju:) Alhamdullilah.. |
Sesi soal jawab bersama ibubapa |
Jualan buku rujukan selepas majlis |
Tahniah diucapkan kepada ibubapa yang telah hadir. Anda hebat! |
No comments:
Post a Comment