PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG UNTUK MURID TAHUN 1
PENDAHULUAN
Program Transisi dan Guru Penyayang bertujuan untuk membantu
murid menghadapi perubahan diri di dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak
formal di tadika ke pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah. Program ini
dilaksanakan pada awal sesi persekolahan bagi muri-murid Tahun Satu. Adalah
diharapkan, kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi,
persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia
meneruskan pembelajaran secara formal.
PENGERTIAN TRANSISI
Transisi merupakan suatu proses perubahan yang berlaku dari
suatu keadaan kepada suatu keadaan yang lain. Dalam konteks ini, transisi
membawa maksud perubahan daripada suasana prasekolah kepada suasana baharu di
Tahun Satu. Secara keseluruhannya, pengertian transisi ini sudah tentu dilihat
dari sudut yang berbeza oleh mereka yang terlibat secara langsung dengan program
tersebut. Namun begitu, semua pengertian tersebut dapat disatukan berdasarkan
harapan dan peranan yang boleh mereka lakukan bersama-sama bagi mencapai
matlamat yang ditetapkan.
RASIONAL
Murid-murid yang masuk ke Tahun Satu datang dari pelbagai
latar belakang dan pengalaman yang berbeza-beza. Menimbulkan banyak perbezaan
dan kelainan dalam kalangan mereka boleh memberi kesan yang berterusan.
Perbezaan dan kelainan yang dimaksudkan adalah dari segi :
v Perbezaan
umur antara
murid-murid Tahun Satu ( 1 hingga 11 bulan )
v Kebolehan
mereka
untuk memberi perhatian dan penumpuan
v Kesediaan
belajar (
perbezaan pengalaman prasekolah, fizikal dan latar belakang keluarga )
v Pengetahuan
dan kemahiran iaitu perbezaan kecekapan sosio-emosi dan perkembangan psikologi yang
melibatkan keyakinan diri seperti rasa takut, bimbang dan rasa tidak selamat
TUJUAN PROGRAM
1. Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran, guru-guru dan kawan baharu
dalam masa yang singkat.
2. Guru-guru
dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid
secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara
formal di Tahun Satu.
3. Meningkatkan
minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa banyak masalah.
TUJUAN UNTUK MURID
1. Memperkembangkan
sosio-emosi dan menyesuaikan diri dalam persekitaran pembelajaran yang formal.
2. Memperolehi
pengetahuan dan kemahiran asas mengikut sukatan pelajaran Tahun Satu.
3. Mencapai
tahap perkembangan kognitif yang hampir sama untuk memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran yang seterusnya.
TUJUAN UNTUK GURU
1. Menangani
perbezaan murid yang berlainan latar belakang dan pengalaman serta dalam aspek
kognitif, afektif dan psikomotor.
2. Membantu
murid menyesuaikan diri di kelas Tahun Satu.
3. Menyepadukan
pendekatan prasekolah dengan pendekatan yang lebih formal di Tahun Satu.
NOTA PENTING UNTUK PENGETAHUAN IBU BAPA DAN GURU
1. Minggu Transisi berlangsung selama 3 minggu. Bermula 2 Januari 2018 - 19 Januari 2018
2. Sepanjang Minggu Transisi semua murid dikehendaki memakai uniform sekolah yang lengkap.Baju sukan tidak dibenarkan .
3. Murid dikehendaki membawa alat tulis , pensel warna dan juga gam. Murid juga perlu membawa sekurang-kurangnya 3 buku tulis .
4. Sepanjang minggu transisi , buku teks tak perlu dibawa.
5. Pada minggu terakhir Program Transisi ,guru kelas akan mengedarkan jadual kelas masing-masing.
SELAMAT MELANGKAH KE TAHUN SATU SESI 2018.
MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA.
No comments:
Post a Comment