Monday, January 22, 2018

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-4 (SESI PETANG)

Tarikh : 22 Januari 2018
Masa : 3.40-4.10 petang
Tempat : Dataran Ilmu SK Pulau Meranti

Guru Bertugas :

1. Pn. Nasibah Binti Sairi
2. Pn. Saliza Binti Ahmad Salleh
3. Pn. Norsaliza Binti Abd Ghani

Pengerusi Majlis : Pn. Nasibah Binti Sairi

AGENDA

1. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selagor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku
dikendalikan oleh: Pn. Saliza 
2. Bacaan Doa : adik Alif Hakimi(3G)
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya : Pn. Nasibah 
4. Ikrar Murid: adik Aisyah Raihanah (3C)
Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar
 Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Nasibah

Nyanyian lagu dikendalikan Pn. Saliza

Pengawas bertugas membaca doa dan
Ikrar Murid


5. LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS
  • Disampaikan oleh Pn. Yusnur Aida Bt. Yusof
  • Murid diingatkan tidak membawa mainan ke sekolah 
  • Murid diminta menjaga disiplin semasa hari hujan dengan tidak main di kawasan larangan dan menjaga keselamatan diri serta pakaian masing-masing

6. UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGUAN
  • Disampaikan oleh Pn. Nasibah Bt. Sairi dengan tema 'Adab Dengan Guru'
  • Murid diperkenalkan dengan guru bertugas minggu ini
  • Murid perlu memberi salam apabila berjumpa guru dan apabila guru masuk ke kelas
  • Murid boleh membantu guru ketika guru memerlukan 
  • Murid dinasihatkan untuk memberi perhatian apa yang disampaikan guru 

7. UCAPAN GURU DISIPLIN
  • Disampaikan oleh Pn. Nordiana Bt Amiruddin
  • Murid lelaki ditegur tentang potongan rambut dan pemakaian tali leher
  • Murid diingatkan tentang pemakaian lencana dan tanda nama serta pakaian sekolah yang dibenarkan
  • Murid diingatkan tentang kebersihan diri 



8. Perhimpunan ditangguhkan dan murid beredar ke kelas masing-masing.

No comments: