Wednesday, January 3, 2018

Program Maju Diri 2018

Hari pertama perlaksanaan Program Maju Diri 2018. Program ini akan dijalankan selama 2 hari iaitu pada 3 Januari 2018 (Rabu) dan 4 januari 2018 (Khamis). Program ini khas untuk murid tahap 2. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan kaunseling SKPM 2018.

Pendahuluan :

Program PMD adalah merupakan program yang diperkenalkan oleh Jabatan Pelajaran Selangor. Ia merupakan program orientasi dan suai kenal antara murid dengan murid dan murid dengan guru bertujuan menyediakan suasana belajar yang kondusif dan bersedia untuk belajar.


Matlamat :

Meningkatkan kesedaran tentang potensi diri dan keseimbangan dari aspek JERIS agar boleh menyesuaikan diri dengan suasana belajar secara positif.


Objektif :

Setelah tamat aktiviti PMD ini, diharap murid dapat :
· Menanam sikap positif terhadap disiplin diri
· Membina semangat kekitaan terhadap warga Sekolah
· Mengenal potensi serta kelebihan diri sendiri












No comments: