Monday, January 29, 2018

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 5 (SESI PETANG)

Hari : Isnin
Tarikh : 29 Januari 2018
Tempat : Dataran Berbumbung
Masa : 3.40-4.10 petang

GURU BERTUGAS

1) Puan Norazmah Bt Che Omar
2) Pn Mahfuzah Bt Ahmad Zakuan
3) En Mohd Riza Feelaqiz B Shauri
4) Cik Sulochana
 
Pengerusi Majlis : Pn Norazmah Bt Che Omar

AGENDA

1. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku dipimpin oleh Pn Saliza Bt Ahmad Salleh.
2. Bacaan Doa oleh : Adik Muhammad Ammar B Haziman (3G)
3. Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalanraya oleh: Pn Norazmah Bt Che Omar.
4. Bacaan Ikrar Murid oleh: Adik Aisyah Raihanah Bt Abdul Hadi (3C)


Bacaan Doa

Ikrar Rukunegara & Keselamatan Jalanraya

Ikrar Murid


5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas : 
  • Disampaikan oleh Pn Norsaliza Bt Abd Ghani.
  • Murid dinasihatkan agar menjaga keselamatan diri ketika berada di sekolah.
  • Murid tidak dibenarkan berlari-lari dan berkejar-kejaran kerana ia boleh menyebabkan kecederaan.  
  • Murid diwajibkan membalut dan menjaga buku teks yang telah dibekalkan oleh pihak sekolah dengan  sebaiknya.
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas

6. Ucapan Guru Bertugas Mingguan
  • Disampaikan oleh Pn Norazmah Bt Che Omar
  • Memperkenalkan semua guru yang bertugas minggu ini.
  • Memperkenalkan dan mengalu-alukan kedatangan guru baharu iaitu Cik Sulochana.
  • Memberi ulasan tentang tema mingguan iaitu Vandalisme.
  • Murid diingatkan agar menjaga barangan dan peralatan sekolah dengan baik.
  • Murid diminta menggunakan bekas minuman dan makanan di kantin dengan sebaiknya.
Ucapan Guru Bertugas Minggu Ini

7. Hal-hal Lain
  • Pemeriksaan Mengejut oleh Unit Disiplin dan Pengawas - Kekemasan Diri
  • Murid lelaki diingatkan agar memakai tali leher.
  • Murid perempuan yang tidak bertudung mesti mengikat dan mendandan rambut dengan kemas. Hanya pengikat berwarna hitam dibenarkan. 
  • Kuku mestilah sentiasa dipotong agar kelihatan bersih.
  • Murid lelaki yang berambut panjang diingatkan menggunting rambut agar kelihatan kemas.
Pemeriksaan Mengejut - Penjagaan Kuku

Pemeriksaan Mengejut tentang Kekemasan Diri

Perhimpunan berakhir pada jam 4.20 petang. Semua murid bersurai masuk ke kelas masing-masing diiringi pengawas. Sekian.


No comments: