Monday, January 29, 2018

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 5 (SESI PAGI)

Hari: Isnin

Tarikh: 29 Januari 2018

Tempat: Dataran Perhimpunan

Masa: 7.20 - 8.05 pagi

Guru Bertugas:
En. Ridzuan Amir bin Mohamad
En. Nasrul Afiq bin Md Desa
Pn. Salinda binti Kadri
Pn. Diana binti Mohd Yusoff
Pn. Nurhafizah binti Udin

Lagu "Negaraku", Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu "Aku Negaraku" dikendalikan oleh pengawas bertugas.
Doa dibacakan oleh Adik Daniel Iman
Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dibacakan oleh Pn. Salinda
Ikrar murid dibacakan oleh Adik Aeryn.

Guru bertugas minggu lepas, En Ibrahim mengingatkan murid-murid supaya sentiasa menjaga keselamatan diri semasa di dalam kawasan sekolah dan juga di luar kawasan sekolah.
Ucapan guru bertugas minggu ini disampaikan oleh Pn. Salinda.

Tema minggu ini adalah "Hindari Vandalisme".
Murid-murid diingatkan supaya menghindari budaya Vandalisme di sekolah. Murid-murid mesti menyayangi dan menjaga harta sekolah dengan baik. Contohnya menjaga buku-buku di Pusat Sumber Sekolah dengan cermat.

Pengawas PSS mempromosikan buku-buku kepada murid-murid untuk dibaca ataupun dipinjam.

Pn. Sugunah sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi makluman kepada murid-murid. Jika mereka ada masalah pelajaran atau peribadi boleh berjumpa dengan beliau di Bilik Kaunseling.


Penyampaian sijil-sijil kepada pemain badminton sekolah yang telah mendapat saguhati Pertandingan Badminton Peringkat Daerah Sepang. Semoga tahun hadapan lebih bersemangat lagi dan berjaya menjadi juara.


Barisan Jurulatih dan Guru-guru Penasihat Badminton sekolah bersama-sama pemain badminton sekolah.


Guru Besar mengingatkan murid-murid supaya sentiasa menjaga keselamatan diri di jalan raya. Terutama murid-murid yang datang ke sekolah dengan basikal. Murid-murid diminta pandang kiri dan kanan jalan semasa melintas jalan raya.


Perhimpunan rasmi tamat pada pukul 8.05 pagi.


Selepas itu diadakan "PEMERIKSAAN MENGEJUT" oleh Guru-guru Disiplin dan Pengawas Sekolah
meliputi kekemasan diri dan pakaian sekolah






No comments: