Pada 8 Januari 2018 (Isnin), "Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber" bagi sesi petang 2018 telah diadakan di Dataran Ilmu SK Pulau Meranti. Seramai 10 orang murid dilantik sebagai pengawas sekolah dan seramai 8 orang murid dilantik sebagai pengawas pusat sumber sekolah. Majlis dipengerusikan oleh Puan Nasibah Binti Sairi (Guru Pengawas Sesi Petang) dan dirasmikan oleh Puan Nor Hasimah Binti Samarin (Penolong Kanan Petang). Majlis dimulakan dengan penyerahan watikah pelantikan kepada semua pengawas dan pengawas pusat sumber sekolah. Setelah selesai, majlis diteruskan dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Adik Muhammad Afik Haikal (3 Gemilang). Semoga semua pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber yang dilantik dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan berwibawa.
LENSA KAMERA
"PEMIMPIN CEMERLANG, DISIPLIN TERBILANG"
No comments:
Post a Comment