Monday, January 22, 2018

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-4

     Perhimpunan minggu ke-4 (2018) bagi sesi pagi telah dijadualkan sebagaimana berikut :

  • Hari : Isnin 
  • Tarikh : 22 Januari 2018 
  • Masa : 7.30-8.00 pagi 
  • Tempat : Dataran Perhimpunan SKPM
  • Tema : Adab Dengan Guru 
  • Kumpulan : 4 
  • Guru-guru yang bertugas pada minggu ini adalah : 
           1) En. Ibrahim b Zainuddin (Ketua)
           2) Pn. Nor Hanim bt Ismail
           3) Pn. Norhalida bt Ishak
           4) Cik Sharifah Nurul Hafizah binti Syed Omar


         Walau bagaimapun, perhimpunan rasmi pada hari Isnin minggu ini tidak dapat dilaksanakan berikutan hujan lebat. Warga guru dan murid SKPM tidak dapat berkumpul di dataran. Justeru, guru bertugas, Cikgu Sharifah Hafizah hanya meminta para murid agar beratur di tepi kelas untuk bacaan doa. Pengawas yang bertugas bagi membacakan doa, Irfan Haziq Putra, dari Tahun 6 dijemput bagi mengepalai alunan doa tersebut.

1.1 Murid-murid sedang bersiap-siaga untuk bacaan doa.


1.2 Pengawas mengimami alunan doa. 




     Sebelum bersurai masuk ke kelas, murid-murid diingatkan agar tidak bising dan menunggu kehadiran guru kelas masing-masing bagi memenuhi 30 minit waktu perhimpunan yang terpaksa ditangguhkan. Satu pengumuman berkaitan dompet tercicir juga telah dibuat. 

       Sebagai penutup, murid-murid dimaklumkan dengan nama-nama guru bertugas pada minggu ini dan diminta merujuk guru-guru berkenaan (sebagaimana catatan di atas) jika terdapat sebarang masalah sepanjang minggu ini. 

Sesi bacaan doa tamat jam 7.35 pagi. 

     

           
             

No comments: